Lebuhraya Timur-Barat
Laluan Persekutuan 4 | |
---|---|
Lebuhraya Barat–Timur (Fasa pertama: Lebuhraya Jeli–Gerik; fasa kedua: Lebuhraya Kulim–Baling dan Lebuhraya Titi Karangan–Gerik) | |
Maklumat laluan | |
Sebahagian daripada AH140 | |
Panjang | 215.5 km (133.9 mi) |
Wujud | 1970[1]–kini |
Sejarah | Fasa pertama siap pada 1982; fasa kedua siap pada 2005 |
Simpang utama | |
Hujung barat | Lunas, Kedah |
Lebuhraya Butterworth-Kulim Laluan Persekutuan Malaysia 76 Laluan Persekutuan Malaysia 205 Laluan Persekutuan Malaysia 66 | |
Hujung timur | Jeli, Kelantan |
Lokasi | |
Destinasi utama | Kupang Gerik Tasik Temenggor Tanah Merah Kota Bharu Pasir Puteh |
Sistem lebuh raya | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Lebuhraya Timur Barat (Laluan Persekutuan ) menghubungkan Lunas, Kedah di dengan Pasir Puteh di Kelantan. Projek raksasa ini menelan belanja RM296 juta bagi memudahkan perhubungan darat antara pantai timur dengan pantai barat Semenanjung Malaysia.
Lebuh raya ini sepanjang 216 kilometer melibatkan 61 km di Perak dan baki jarak pula di Kelantan. Ia menjadikan perjalanan lebih pantas dan membantu pertumbuhan ekonomi, bukan sahaja di Perak malah di seluruh negara. Operasi membalak lebih mudah. Kawasan penempatan baru dibuka di sepanjang lebuh raya. Sebelum lebuh raya ini dibuka pada 1 Julai 1982, jarak perjalanan dari Alor Setar ke Kota Bharu adalah melebihi 1,000 km tetapi dengan adanya lebuh raya ini, jarak perjalanan telah dipendekkan sebanyak beberapa ratus kilometer.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Lebuhraya Timur-Barat mula dibina pada tahun 1967. Proses pembinaannya kerap kali terganggu akibat perbuatan khianat pengganas komunis yang sering sahaja menyerang hendap pekerja binaan sepanjang Perang Insurgensi Komunis ataupun Darurat Kedua dari tahun 1967-1989, menyebabkan pembinaan lebuh raya ini memakan masa yang sangat panjang. Malah, semasa lebuh raya ini dibuka pun pihak tentera mengawal ketat lebuh raya ini dan pemandu hanya boleh menggunakan lebuh raya ini pada waktu siang sahaja dan perlu melapor diri setiap kali menggunakannya.
Sistem kawalan keselamatan yang ketat dimansuhkan setelah pihak komunis menyerah diri sepenuhnya pada tahun 1989. Sebuah tugu peringatan dibina oleh Jabatan Kerja Raya di Pulau Banding bagi menghormati para pekerja yang terkorban akibat serangan hendap komunis sepanjang pembinaan Lebuhraya Timur-Barat.
Fasa Dua
[sunting | sunting sumber]Fasa dua Lebuhraya Timur-Barat menghubungkan Simpang Pulai, Perak ke Kuala Berang di Terengganu. Projek lebuh raya ini terbahagi kepada 9 pakej dengan kos RM1.9 bilion, dimulakan pada Februari 2004 dan sepatutnya siap 2007. Sehingga April 2009, lebuh raya ini belum siap sepenuhnya kerana kemelesetan ekonomi dunia. Panjangnya 125 km. Pilihan sebelum ini ialah antara Jeli di Kelantan dan Gerik di Perak.
Kehidupan flora dan fauna terjejas akibat pembinaan lebuh raya ini. Binatang liar dikesan bergerak dari kawasan Taman Negara di selatan ke Hutan Simpan Tembat dan Hutan Simpan Petuang di Hulu Terengganu serta Hutan Simpan Hulu Besut. Tiga jejambat dengan kos RM28 juta dibina antara Pasir Pulau di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu hingga ke Aring di sempadan Kelantan.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jalan Raya Timur Barat (1970-1982): Pengorbanan Dalam Kenangan. Plak dan monumen rasmi yang dibina oleh Jabatan Kerja Raya di Pulau Banding, Perak.
- ^ Pakej Enam Lebuh Raya Timur-Barat Fasa Dua Sedia Laluan Hidupan Liar[pautan mati kekal], Bernama