Lebuhraya Taman Pantai Timur
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Lebuhraya Taman Pantai Timur | |
---|---|
Maklumat laluan | |
Panjang | 20 km (10 mi) |
Wujud | 1970am–kini |
Sejarah | Siap pada tahun 1981 |
Simpang utama | |
Hujung barat | Keppel (AYE) |
AYE, PIE | |
Hujung timur | Lapangan Terbang Changi Singapura |
Lokasi | |
Kawasan: | Teluk Marina, Kallang, Marine Parade, Changi Selatan, Lapangan Terbang Changi Singapura |
Sistem lebuh raya | |
Rangkaian Lebuhraya Singapura |
Lebuhraya Taman Pantai Timur (kependekan: ECP; Cina Ringkas: 东海岸公园大道 ; pinyin: Dōnghǎiàn Gōngyuān Dàdào; Bahasa Inggeris: East Coast Parkway) adalah sebuah lebuh raya yang melalui sepanjang pantai tenggara Singapura. Panjang lebuh raya ini ialah 20 km (12.4 batu), dan menghubungkan Lapangan Terbang Changi di bahagian timur dengan Jambatan Benjamin Sheares sebelum bertemu dengan Lebuhraya Ayer Rajah. Ia juga berhubung dengan Lebuhraya Seluruh Pulau di Persimpangan Changi, lebih kurang 1 km (0.6 batu) sebelum lebuh raya tamat.
Dibina sebahagian besarnya daripada tanah yang ditambak, pembinaan ECP berula pada awal tahun 1970an. Ia mula dibuka pada tahun 1981 serentak dengan pembukaan Lapangan Terbang Changi, walaupun masih terdapat lampu isyarat sehingga siapnya persimpangan terakhir di Firt Road pada tahun 1989.
Bahagian lurusan yang panjang di ECP berhampiran dengan Lapangan Terbang Changi boleh digunakan sebagai landasan kecemasan. Bahagian ini mudah dikenal pasti melalui bunga-bunga yang ditanam di dalam pasu mudah alih di pembahagi lebuh raya bagi menggantikan pokok-pokok besar yang biasanya menghiasi pembahagi lebuh raya ini.