Lebuhraya Persekutuan
Rencana ini perlu dikemas kini. |
Laluan Persekutuan 2 | |
---|---|
Lebuhraya Persekutuan | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh PLUS Expressway Berhad (pada bahagian bertol) | |
Panjang | 45 km (28 mi) Bahagian bertol: 16 km (10 bt) |
Wujud | 1974–kini |
Sejarah | Siap dibina pada tahun 1977, bahagian bertol siap pada tahun 1992–1993 |
Simpang utama | |
Hujung barat | Klang, Selangor |
Jalan Jambatan Kota Laluan Persekutuan 5 Jalan Pintasan Selat Klang Utara Lebuhraya Kemuning-Shah Alam Jalan Subang-Batu Tiga Persiaran Tujuan Jalan Lapangan Terbang Subang Majlis Link Lebuhraya Damansara-Puchong Lebuhraya Baru Pantai Lebuhraya Sprint = Hubungan Kerinchi Jalan Pintasan Bangsar-Petaling Jaya Jalan Syed Putra Jalan Klang Lama Lebuhraya Hubungan Timur-Barat KL | |
Hujung timur | Seputeh, Kuala Lumpur |
Lokasi | |
Destinasi utama | Pelabuhan Klang, Sungai Rasau, I-City, Padang Jawa, Shah Alam, Batu Tiga, Subang Jaya, Petaling Jaya, Bangsar, Kuala Lumpur |
Sistem lebuh raya | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Lebuhraya Persekutuan (Tulisan Jawi: ليبوهراي ڤرسكوتوان) ialah sebatang lebuh raya capaian terkawal di Malaysia yang menghubungkan bandar raya Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam dan bandar Klang. Lebuh raya ini bermula dari Salak Selatan di Kuala Lumpur ke Bukit Raja di Klang. Lebuhraya Persekutuan dikodkan sebagai Laluan Persekutuan .
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sejarah lebuh raya ini bermula sejak pemisahan Singapura dari Malaysia, yang mengakibatkan kerajaan menjadikan Port Swettenham (kini Pelabuhan Klang) sebagai pelabuhan utama negara menggantikan Pelabuhan Singapura. Sehubungan itu, kerajaan merancang untuk membina sebuah lebuh raya bagi menghubungkan Pelabuhan Klang ke Kuala Lumpur dengan menaik taraf jajaran Jalan Kuala Lumpur-Klang sedia ada kepada sebuah lebuh raya penuh melalui penggantian persimpangan lampu isyarat searas kepada persimpangan bertingkat, menjadikan Lebuhraya Persekutuan sebagai lebuh raya ekspres pertama di Malaysia[1]. Dibina melalui pembiayaan daripada Bank Dunia, kerja naik taraf dimulakan dari tahun 1974 sehingga tahun 1977[1]. Lebuhraya Persekutuan pada asalnya ialah lebuh raya 4 lorong kecuali di bahagian Petaling Jaya di mana lebuh raya ini menjadi 6 lorong, tetapi pada tahun 1992 Plus Expressway Berhad Diarkibkan 2018-12-08 di Wayback Machine, pemegang konsesi Lebuhraya Utara Selatan telah menaik taraf keseluruhan lebuh raya ini kepada 6 lorong.
Kesan pembinaan
[sunting | sunting sumber]Lebuhraya Persekutuan menjadi lebuh raya utama di kawasan Lembah Klang memandangkan ia menghubungkan bandar raya utama di kawasan tersebut termasuk Klang, Shah Alam, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, peningkatan kadar trafik hasil peningkatan menyebabkan kapasiti lebuh raya tersebut mencapai tahap puncaknya pada pertengahan 1990-an dan akibatnya kesesakan jalan raya yang teruk sepanjang lebuh raya tersebut menjadi lumrah terutamanya pada awal pagi dan lewat petang. Dianggarkan sebanyak 25-30 ribu buah kenderaan melalui Lebuhraya Persekutuan pada waktu puncak setiap hari. Sehubungan dengan itu, kerajaan mula membina beberapa lebuh raya baru untuk mengurangkan kesesakan Lebuhraya Persekutuan.[perlu rujukan]
Perkembangan terkini
[sunting | sunting sumber]Kerja naik taraf Persimpangan Lapangan Terbang Subang dan Hubungan Majlis
[sunting | sunting sumber]Kerja naik taraf Persimpangan Lapangan Terbang Subang termasuklah pembinaan jalan hubungan Subang-Kelana dari Jalan Lapangan Terbang Subang (Laluan Persekutuan ) di Lebuhraya Persekutuan (Laluan Persekutuan ) ke Persiaran Kewajipan berhampiran Menara Mesiniaga sudah pun bermula pada penghujung tahun 2005 manakala pembinaan Hubungan Majlis pula dilakukan pada September 2005. Kedua-dua projek ialah kendalian Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR). Sementara itu, kontraktor utama yang dilantik ialah Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB) dan Ho Hup Construction Company Berhad (HHCC). Hubungan Majlis siap sepenuhnya pada Mac 2007 manakala Persimpangan Lapangan Terbang Subang siap pada September 2009.
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Mercu tanda
[sunting | sunting sumber]- Mercu tanda utama di Lebuhraya Persekutuan ialah Kota Darul Ehsan, pintu gerbang terbesar di Malaysia yang terletak di Petaling Jaya berhampiran sempadan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur-Selangor. Ia dibina atas arahan Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sempena penyerahan Kuala Lumpur kepada kerajaan persekutuan pada 1 Februari 1974.
- Mercu tanda yang lain pula ialah Tugu Keris berhampiran Plaza Tol Sungai Rasau tetapi sudah dipindahkan ke Simpang Lima.
Lain-lain
[sunting | sunting sumber]- Lebuhraya Persekutuan turut mempunyai lorong motosikal bagi mengelakkan kemalangan yang melibatkan antara motosikal dengan kenderaan lain yang lebih besar.
- Bulatan Selangor atau dikenali sebagai Persimpangan Bunga Cengkeh Shah Alam merupakan persimpangan bertingkat bunga cengkih terbesar di Malaysia.
Isu kontroversi
[sunting | sunting sumber]Lorong motosikal yang berbahaya
[sunting | sunting sumber]Lebuhraya Persekutuan dikenali sebagai lebuh raya pertama di Malaysia yang mempunyai lorong motosikal. Walau bagaimanapun, lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan turut dikenali kerana ia dikatakan berbahaya kepada penunggang motosikal, seperti keadaan lorong dan lorong susur yang gelap, sempit dan kurang diselenggara, selekoh yang sangat tajam dan berbahaya, serta keadaan lorong motosikal itu sendiri yang menjadikannya lokasi berisiko terjadinya kes rompakan.[2] Keadaan ini berlaku berikutan lorong motosikal tersebut asalnya direka hanya untuk kegunaan penunggang basikal,[1] dengan had laju reka bentuk serendah 60 km/j.[3]
Peristiwa penting
[sunting | sunting sumber]- 18 Disember 1988 - R Arumugam, pemain bola sepak kebangsaan Malaysia maut dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Petaling Jaya. (Sumber: Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam)
Kadar tol
[sunting | sunting sumber]Plaza tol Sungai Rasau (SGR)
[sunting | sunting sumber]Kelas | Jenis kenderaan | Kadar (dalam RM) |
---|---|---|
0 | Motosikal, basikal atau kenderaan dengan dua roda atau kurang | Percuma (mulai 1 Januari 2018) |
1 | Kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda (kecuali teksi) | |
2 | Kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) | |
3 | Kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas) | |
4 | Teksi | |
5 | Bas |
Plaza tol Batu Tiga (BTT)
[sunting | sunting sumber]Kelas | Jenis kenderaan | Kadar (dalam RM) |
---|---|---|
0 | Motosikal, basikal atau kenderaan dengan dua roda atau kurang | Percuma (mulai 1 Januari 2018) |
1 | Kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda (kecuali teksi) | |
2 | Kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) | |
3 | Kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas) | |
4 | Teksi | |
5 | Bas |
- Seperti lebuh raya kendalian PLUS lain, terdapat diskaun 10% untuk kenderaan kelas 1 di antara 12:00 tengah malam dan 7:00 pagi (RM0.90 di SGR dan RM1.00 di BTT) sejak 1 Mac 2009.[4]
- Mulai 1 Januari 2018, kadar di Plaza Tol Sungai Rasau dan Plaza Tol Batu Tiga dimansuhkan buat selamanya. Para pengguna Lebuh Raya Persekutuan tidak perlu lagi membayar tol di kedua-dua tol ini.
Senarai persimpangan
[sunting | sunting sumber]Km | Susur keluar |
Persimpangan | Ke | Catatan | |
---|---|---|---|---|---|
BARAT JALAN JAMBATAN KOTA Banting Pelabuhan Klang |
|||||
EXIT 207 | KLANG PERSIMPANGAN BULATAN 100 |
UTARA B1Meru Kapar Kuala Selangor SELATAN JALAN BATU TIGA Pusat bandar |
Persimpangan bulatan | ||
PERSIARAN SULTAN IBRAHIM Had penyelenggaraan JKR | |||||
LEBUHRAYA PERSEKUTUAN Lebuh raya tol bermula/tamat Had penyelenggaraan PLUS Expressway | |||||
EXIT 208 | PERSIMPANGAN BERKELEY | Taman Berkeley Jalan Batu Tiga Lama B5Jalan Dato' Mohd Sidin (Connaught Bridge) |
Persimpangan bulatan | ||
5 |
|||||
5.7 | EXIT 209 | PERSIMPANGAN SUNGAI RASAU | UTARA JALAN PINTASAN SELAT KLANG UTARA Bandar Baru Klang Pelabuhan Klang Kapar Meru LEBUH RAYA BARU LEMBAH KLANG Ipoh Kuala Lumpur Damansara SELATAN JALAN BATU TIGA LAMA B5Jalan Dato' Mohd Sidin (Jambatan Connaught) |
Persimpangan berlian | |
6 |
|||||
Tugu Keris | |||||
Jambatan Sungai Rasau Sempadan daerah Klang-Petaling | |||||
EXIT 210 | SUSUR KELUAR SUNGAI RASAU | BARAT JALAN BATU TIGA LAMA Jalan Sungai Rasau |
Arah Klang | ||
Plaza tol Sungai Rasau SGR RM (Tunai) TnG POS TnG TAG TAG TnG RM (Tunai) Sistem tol terbuka Bayar tol
| |||||
7 |
P Plaza tol Sungai Rasau SGR TnG TAG i Pusat Maklumat Pelanggan |
TnG TAG i Pusat Maklumat Pelanggan |
Arah Kuala Lumpur | ||
EXIT 211 | PERSIMPANGAN PADANG JAWA | UTARA PERSIARAN KAYANGAN Pusat bandar raya Shah Alam Seksyen 1 hingga 14 Universiti Teknologi MARA (UiTM) SELATAN Padang Jawa Ibu pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) Negeri Selangor |
Persimpangan berlian | ||
P Petronas Shell Hentian sebelah Petronas dan Shell | Petronas KFC ATM Shell ATM |
Arah Kuala Lumpur | |||
P BH Petrol Hentian sebelah BH Petrol | BH Petrol ATM | Arah Klang | |||
Jambatan Sungai Renggam | |||||
EXIT 212 | PERSIMPANGAN BULATAN DARUL EHSAN (Persimpangan utama Shah Alam) |
PERSIARAN SULTAN UTARA Pusat bandar raya Shah Alam Seksyen 1 hingga 14 SELATAN Kawasan Perindustrian Shah Alam Seksyen 15 - 20 |
Persimpangan bunga cengkih | ||
13 |
|||||
Tanah Perkuburan Cina Sungai Renggam | |||||
P Petronas Hentian sebelah Petronas | Petronas | Arah Klang | |||
14 |
EXIT 213 | PERSIMPANGAN BULATAN MELAWATI | UTARA PERSIARAN KAYANGAN Pusat bandar raya Shah Alam Stadium Shah Alam Seksyen 1 hingga 14 SELATAN JALAN SHAH ALAM-PUCHONG PERSIARAN TENGKU AMPUAN Kawasan Perindustrian Shah Alam Seksyen 15 hingga -- Puchong |
Persimpangan bulatan | |
PHentian sebelah Esso dan Shell | Esso ATM Shell ATM |
Arah Kuala Lumpur | |||
14.7 | EXIT 214 | SUSUR KELUAR PERSIARAN SELANGOR (Susur keluar Kilang Carlsberg) |
BARAT PERSIARAN SELANGOR Kilang Carlsberg Kawasan Perindustrian Shah Alam Seksyen 15 hingga 16 |
Dari Kuala Lumpur sahaja | |
Jambatan Sungai Damansara | |||||
15 |
EXIT 215 | PERSIMPANGAN BATU TIGA | JALAN SUBANG-BATU TIGA UTARA Glenmarie Taman TTDI Jaya LEBUHRAYA KORIDOR GUTHRIE Ipoh Rawang Sungai Buloh SELATAN B9Batu Tiga B9Puchong LEBUHRAYA UTARA-SELATAN HUBUNGAN TENGAH Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Johor Bahru |
Persimpangan berlian | |
Plaza tol Batu Tiga BTT RM (Tunai) TnG POS TnG TAG TAG MLFF TAG MLFF TAG TnG RM (Tunai) Sistem tol terbuka Bayar tol
| |||||
16 |
P Plaza tol Batu Tiga BTT TnG TAG i Pusat Maklumat Pelanggan |
TnG TAG i Pusat Maklumat Pelanggan |
Arah Kuala Lumpur | ||
16.1 | P Shell Hentian sebelah Shell | Shell | Arah Klang | ||
16.9 | EXIT 216 | PERSIMPANGAN SUBANG JAYA | SELATAN PERSIARAN TUJUAN Subang Jaya USJ |
Persimpangan trompet | |
17 |
|||||
EXIT 217 | PERSIMPANGAN LAPANGAN TERBANG SUBANG | JALAN LAPANGAN TERBANG SUBANG UTARA Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang Sungai Buloh LEBUH RAYA BARU LEMBAH KLANG Ipoh Kuala Lumpur Damansara Klang SELATAN Subang Jaya USJ |
Persimpangan bersusun Susur keluar ke Subang Jaya dari Kuala Lumpur sahaja Persimpangan bersusun Dalam pembinaan | ||
LEBUHRAYA PERSEKUTUAN Lebuh raya tol bermula/tamat Had penyelenggaraan PLUS Expressway | |||||
LEBUHRAYA PERSEKUTUAN Had penyelenggaraan JKR | |||||
Turapan tarmak | |||||
Turapan asfalt
| |||||
18 |
|||||
EXIT 218 | PERSIMPANGAN HUBUNGAN MAJLIS | UTARA HUBUNGAN MAJLIS Jalan Majlis Kelana Jaya Zon Perdagangan Bebas Cukai LEBUHRAYA DAMANSARA-PUCHONG Sungai Buloh Kepong Damansara |
Persimpangan bertingkat Dari/Ke Klang sahaja | ||
EXIT 219 | SUSUR JALAN SS 7/2 | UTARA JALAN SS 7/2 Stadium Petaling Jaya |
Dari Klang sahaja | ||
Setia Jaya | Rumah-rumah kedai Pusat Perabot LP Stesen Komuter Setia Jaya KTM Komuter = Laluan Sentul-Pelabuhan Klang |
||||
EXIT 220 | PERSIMPANGAN SUNWAY
| ||||
EXIT 221 | SUSUR KELUAR SERI SETIA | UTARA JALAN -- Seri Setia |
Susur keluar Dari Klang sahaja | ||
Stesen Komuter Seri Setia KTM Komuter = Laluan Sentul-Pelabuhan Klang |
|||||
EXIT 222 | PERSIMPANGAN NPE | TIMUR LEBUHRAYA PANTAI BARU Jalan Klang Lama Pantai Baru Bangsar Salak Selatan Seremban |
Persimpangan lebuh raya Dari/Ke Klang sahaja | ||
EXIT 223 | SUSUR KELUAR JALAN 225 | JALAN 225 | Arah Kuala Lumpur | ||
Jambatan Sungai Penchala | |||||
EXIT 224 | PERSIMPANGAN TEMPLER | BARAT JALAN PP NARAYANAN (Jalan 222) Seksyen 1 hingga 14 TIMUR JALAN TEMPLER Pusat bandar lama Petaling Jaya (Seksyen--) |
Persimpangan berlian | ||
EXIT 225 | PERSIMPANGAN JALAN BARAT | UTARA JALAN UTARA Seksyen -- hingga -- Filem Negara Malaysia TENGGARA JALAN BARAT Stesen LRT Asia Jaya Pusat bandar baru Petaling Jaya (Seksyen --) |
Persimpangan berlian | ||
EXIT 226 | PERSIMPANGAN JALAN TIMUR | BARAT LAUT JALAN UTARA Seksyen -- hingga -- Filem Negara Malaysia SELATAN JALAN TIMUR Stesen LRT Taman Jaya Pusat bandar baru Petaling Jaya (Seksyen --) |
Persimpangan berlian | ||
EXIT 227 | PERSIMPANGAN JALAN GASING (KWSP) |
BARAT LAUT JALAN UNIVERSITI Seksyen -- hingga -- Universiti Malaya Pusat Perubatan Universiti Malaya SELATAN JALAN GASING Seksyen -- hingga -- Pusat bandar lama Petaling Jaya (Seksyen --) |
Persimpangan separa berlian Dari/Ke Kuala Lumpur sahaja | ||
Turapan asfalt
| |||||
Turapan tarmak
| |||||
LEBUHRAYA PERSEKUTUAN Had penyelenggaraan JKR | |||||
Selangor Darul Ehsan Sempadan daerah Petaling | |||||
Kota Darul Ehsan Sempadan Selangor-WP Kuala Lumpur | |||||
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | |||||
LEBUHRAYA PERSEKUTUAN Had penyelenggaraan Sprint | |||||
EXIT 228 | PERSIMPANGAN KERINCHI | UTARA LEBUHRAYA SPRINT = KERINCHI LINK Mont Kiara Sri Hartamas Damansara DI BAWAH JEJAMBAT JALAN PANTAI BAHARU Menara Telekom Bangsar Universiti Malaya Kerinchi Stesen LRT Universiti |
Persimpangan lebuh raya halaan T Persimpangan berlian | ||
Jambatan Sungai Klang | |||||
EXIT 229 | PERSIMPANGAN MID VALLEY | UTARA HUBUNGAN MID VALLEY Bangsar TIMUR LINGKARAN SYED PUTRA MID VALLEY CITY Mid Valley Megamall 🏬 Zon A, B, C, D, E dan F |
Persimpangan bertingkat Dari/Ke Klang sahaja | ||
EXIT 230 | PERSIMPANGAN NPE | SELATAN LEBUHRAYA PANTAI BARU Bandar Sunway Subang Jaya |
Susur pintasan ke NPE sahaja Dari Kuala Lumpur sahaja | ||
LEBUHRAYA PERSEKUTUAN Had penyelenggaraan Sprint
| |||||
LEBUHRAYA PERSEKUTUAN Had penyelenggaraan DBKL
| |||||
EXIT 231 | PERSIMPANGAN SEPUTEH | UTARA JALAN SYED PUTRA Pusat bandar raya Kuala Lumpur Brickfields KL Sentral SELATAN JALAN KLANG LAMA Kuchai Lama Taman OUG Puchong |
Persimpangan bersusun | ||
LEBUHRAYA PERSEKUTUAN Had penyelenggaraan DBKL | |||||
LEBUH RAYA SALAK Lebuh raya bermula/tamat Had penyelenggaraan MetaCorp | |||||
TIMUR LEBUH RAYA SALAK Cheras Kajang AH2LEBUHRAYA KUALA LUMPUR-SEREMBAN Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) AH2Seremban AH2Melaka AH2Johor Bahru |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c I REMEMBER WHEN... Federal Highway was constructed - New Straits Times Online. Dicapai pada 23 Mac 2009.
- ^ Death traps on the Federal Highway Diarkibkan 2012-04-06 di Wayback Machine - The Star Online. Dicapai pada 23 Mac 2009.
- ^ Arahan Teknik (Jalan) 8/86 - A Guide on Geometric Design of Roads, Jabatan Kerja Raya Malaysia Diarkibkan 2011-08-25 di Wayback Machine - oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia.
- ^ Diskaun tol 10 peratus, Utusan Online. Dicapai 26 Mac 2009.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- PLUS Expressway Berhad Diarkibkan 2018-12-08 di Wayback Machine
- Lembaga Lebuhraya Malaysia Diarkibkan 2005-08-30 di Wayback Machine