Larry David
Larry David | |
---|---|
Nama lahir | Lawrence Gene David |
Kelahiran | Brooklyn, Bandar Raya New York, New York, Amerika Syarikat | 2 Julai 1947
Media | |
Pusat pendidikan | University of Maryland, College Park |
Tahun aktif | 1980–kini |
Genre | |
Pasangan | Laurie David (k. 1993; c. 2007) |
Lawrence Gene David (lahir 2 Julai 1947)[1] ialah seorang pelawak, pelakon dan penulis skrip Amerika Syarikat.[2] Beliau pencipta dan penerbit (selama tujuh musim) bersama Jerry Seinfeld menghasilkan siri televisyen Seinfeld, beliau juga memainkan peranan utama dalam siri Curb Your Enthusiasm untuk HBO sebagai penulis skrip dan pelakon utama sejak tahun 1999.[3]
Penglibatan beliau dalam siri Seinfeld memnangi dua Anugerah Emmy Primetime tahun 1993 dalam kategori Siri Komedi Terbaik (Outstanding Comedy Series) dan Pencapaian Penulisan Siri Komedi Terbilang (Outstanding Individual Achievement in Writing in a Comedy Series). Beliau juga dicalonkan 27 kali untuk Anugerah Emmy Primetime dan tiga kali dalam Anugerah Golden Globe.
Biografi
[sunting | sunting sumber]Awal hidup dan keturunan
[sunting | sunting sumber]David lahir di kejiranan Sheepshead Bay, Brooklyn anak bongsu[4] kepada Rose (born Regina Brandes), seorang keturunan Yahudi Poland Tarnopol, Ukraine[5] dan Mortimer Julius "Morty" David, seorang peniaga pakaian lelaki Jerman. David belajar di Sheepshead Bay High School sebelum meneruskan pengajiannya di University of Maryland, College Park di mana beliau lulus berijazah sarjana dalam bidang sejarah;[6][7][8] Beliau menyertai United States Army Reserve selepas habis pengajiannya.[9]
Pada 2017, suatu siri dokumentari sejarah PBS tahun berjudul Finding Your Roots mengisahkan salasilah keluarga selebriti terkenal mendapati dalam kajian mereka bahawa Larry sendiri mempunyai pertalian jauh dengan ahli politik terkenal Amerika Syarikat, Bernie Sanders;[10] secara kebetulan pula Larry melakonkan watak senator tersebut dalam siri sketsa satira Saturday Night Live sejak tahun 2016.
Kerjaya komedi
[sunting | sunting sumber]Pengajiannya di College Park memutik minatnya terhadap komedi.[11] Beliau menjadi seorang pelawak sambil bekerja sambilan sebagai kerani, pemandu limosin dan sejarawan di kejiranan Hell's Kitchen di Manhattan.[12] Beliau kemudiannya menjadi penulis skrip untuk siri Fridays ABC (1980 hingga 1982) dan siri Saturday Night Live NBC (1984 hingga 1985).[13][14]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1977 | It Happened at Lakewood Manor | Cameo in crowd near hotel | |
1983 | Can She Bake a Cherry Pie? | Mort's Friend | |
1983 | Second Thoughts | Monroe Clark | |
1987 | Radio Days | Communist Neighbor | |
1989 | New York Stories | Theater Manager | |
1998 | Sour Grapes | Studio Executive/Annoying Doctor/Singing Bum | Juga sebagai penulis skrip dan pengarah |
2004 | Envy | Executive penerbit | |
2009 | Whatever Works | Boris Yelnikoff | |
2012 | The Three Stooges | Sister Mary-Mengele | |
2013 | Clear History | Nathan/Rolly | Television film; juga sebagai penulis skrip |
Television
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1980–1982 | Fridays | Pelbagai watak | 54 episod; juga sebagai penulis skrip |
1984–1985 | Saturday Night Live | Pelbagai watak | 17 episod; juga sebagai penulis skrip |
1989–1998 | Seinfeld | Pelbagai watak | 180 episod; juga sebagai pencipta bersama, penulis skrip dan penerbit |
1993 | Love & War | Diri sendiri | Episod "Let's Not Call It Love" |
1999 | Larry David: Curb Your Enthusiasm | Larry David | One-hour special; juga sebagai pencipta, penulis skrip dan penerbit eksekutif |
2000–2024 | Curb Your Enthusiasm | Larry David | Juga sebagai pencipta, penulis skrip dan penerbit eksekutif |
2004 | Entourage | Diri sendiri | Episod "New York" |
2007 | Hannah Montana | Diri sendiri | Episod "My Best Friend's Boyfriend" |
2011 | The Paul Reiser Show | Diri sendiri | Episod "The Father's Occupation" |
2011 | Woody Allen: A Documentary | Diri sendiri | 2 Part Documentary Series |
2012 | Comedians in Cars Getting Coffee | Diri sendiri (guest) | Episod Larry Eats a Pancake |
2013 | Clear History | Nathan Flomm | Telefilem; juga sebagai penulis skrip dan penerbit |
2014 | TripTank | Diri sendiri (voice) | Episod "Roy & Ben's Day Off" |
2015 | The League | Future Ruxin | Episod "The Great Night of Shiva" |
2015 | Saturday Night Live 40th Anniversary Special | Diri sendiri (guest) | Television Special |
2015–kini | Saturday Night Live | Bernie Sanders / Diri sendiri (host) | |
2016 | Maya & Marty | Diri sendiri | Episod "Jimmy Fallon & Miley Cyrus" |
2019 | Last Week Tonight with John Oliver | Diri sendiri | Episod "Bias in Medicine" |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Larry David Biography". TVGuide.com. Diarkibkan daripada yang asal pada July 18, 2012.
- ^ "Larry David". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 2009-07-14.
- ^ Steve Heisler (June 2, 2010). "Improv on TV: How Curb Your Enthusiasm Gets It Right". TV.com. CBS Interactive Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada February 4, 2013. Dicapai pada August 24, 2012.
- ^ Wallace, Benjamin (January 26, 2015). "Why Larry David the Schmuck Was the Best Thing to Happen to Larry David the Mensch". New York Magazine (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada November 1, 2017.
- ^ "The Impression". Finding Your Roots. Musim 4. Episod 1. October 3, 2017. PBS.
- ^ Snyder, Linda VanGrack (March 6, 2015). "What's Larry David really like? Ask his Maryland fraternity brothers". The Washington Post.
- ^ "Larry David Spotted on Campus". The Baltimore Sun. Dicapai pada April 4, 2013.
- ^ "Some of Maryland's Distinguished Alumni". University of Maryland. Diarkibkan daripada yang asal pada March 31, 2013. Dicapai pada April 4, 2013.
- ^ David, Larry (2004-02-15). "My War". The New York Times. Dicapai pada 2011-08-22.
- ^ "Bernie Sanders Is Related to 'SNL' Doppelganger Larry David". 2017-07-27.
- ^ "The Impression". Finding Your Roots. Musim 4. Episod 1. October 3, 2017. PBS.
- ^ McShane, Larry. "The real Kramer says actor no racist: But Richards is 'paranoid,' 'very wound-up'", Chicago Sun-Times Diarkibkan 2020-05-08 di Wayback Machine, November 26, 2006. Accessed August 11, 2009. "The real Kramer lived for 10 years in a Hell's Kitchen apartment across the hall from Seinfeld co-creator Larry David, and his life became the framework for Richards' quirky, bumbling Seinfeld sidekick."
- ^ Marin, Rick (2000-07-16). "The Great and Wonderful Wizard of Odds". The New York Times. Dicapai pada 2008-04-25.
- ^ Shales, Tom (2005-11-12). "'SNL in the '80s': The Last Laugh On a Trying Decade". The Washington Post. Dicapai pada 2008-04-25.