Pergi ke kandungan

Larangan udara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pesawat F/A-18 Hornet seringkali digunakan dalam operasi larangan udara pada masa kini.

Larangan udara (Bahasa Inggeris: Air interdiction) merupakan penggunaan pesawat bagi menyerang sasaran-sasaran taktikal darat yang mana terletak jauh dari pasukan darat tentera sekutu. Ia berbeza daripada sokongan udara dekat kerana operasi ini tidak menyokong operasi darat secara terus dan tidak diuruskan oleh pasukan di darat. Berlainan dengan pengeboman strategik, larangan udara tidak bermaksud pelaksanaan kempen udara secara bersendirian; alasan utamanya adalah untuk membenarkan operasi darat dan bukannya untuk memusnahkan kekuatan udara musuh semata-mata.

Tujuan larangan udara adalah untuk melengahkan, mengganggu atau memusnahkan pasukan atau bekalan musuh yang akan dihantar ke medan pertempuran sebelum ia boleh membahayakan pasukan sekutu. Walaupun pada tahap ini, penggunaan serangan larangan udara untuk menentang pasukan musuh dilakukan tanpa pengbabitan pasukan sekutu. Kadang kala perbezaan dilakukan antara larangan strategik dan taktikal. Operasi strategik merujuk pada operasi yang membawa kesan meluas dan jangka masa panjang; operasi taktikal pula dilakukan bagi memberi kesan dengan pantas dan dalam kawasan tumpuan.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Larangan udara merupakan tunjang kepada misi kuasa udara yang dilakukan sejak Perang Dunia I oleh kesemua tentera udara. Semasa peperangan, tujuannya adalah untuk mengasingkan medan pertempuran dengan membedil dan mengebom rangkaian bekalan musuh. Sasaran-sasarannya adalah rangkaian jalan keretapi, jambatan dan konvoi trak. Disebabkan keadaan pesawat dan teknologi senjata yang primitif, selain dari doktrin dan taktik udara yang belum dibangunkan, misi-misi larangan udara semasa Perang Dunia I mempunyai kegunaan yang terhad.

Potensi larangan udara diakui dengan jelas, bagaimanapun semasa Perang Dunia II larangan udara sekali lagi menjadi menjadi misi utama bagi angkatan tentera udara. Meskipun operasi-operasi larangan udara dilaksanakan dikesemua perbatasan, operasi-operasi yang paling banyak dilakukan dan dianalisa adalah operasi-operasi yang dilakukan oleh Amerika Syarikat dan Britain menentang Pasukan Paksi. Secara spesifiknya, Pasukan Bersekutu telah melancarkan usaha sekatan udara semasa kempen-kempen di Afrika Utara, Itali dan Normandy. Medan bagi tiga kawasan pertempuran ini adalah berbeza dari segi cuaca, permukaan bumi, kemudahan bekalan dan pengangkutan musuh dan kehadiran perisikan ke atas pasukan musuh. Akibat daripada perbezaan-perbezaan ini, memberi keputusan yang berbeza ke atas operasi-operasi larangan udara. Kejayaan terbesar adalah di padang pasir di Afrika Utara, di mana Pasukan Paksi juga bergantung penuh kepada konvoi laut yang melalui Laut Mediterranean yang mudah dinampak dan diserang. Berbeza semasa kempen di Itali, di mana dipenuhi dengan permukaan bumi yang bergunung-ganang, keadaan cuaca buruk dan garis bekalan Jerman yang dekat. Keputusan berbeza daripada dua kempen ini telah mengajar perancang udara pengajaran yang berbeza.

Larangan udara banyak memainkan peranan penting di dalam konflik sejak Perang Dunia II. Ia telah digunakan secara ekstensif di dalam konflik yang melibatkan Amerika Syarikat di Korea, Vietnam, Iraq dan Serbia, selain perang di antara Israel dengan negara-negara Arab di Timur Tengah. Sekali lagi, perbezaan keadaan tempatan dan kekangan politik membawa kesan yang amat besar bagaimana larangan udara dilaksanakan dan tahap kejayaannya. Sebagai contoh di Vietnam, kempen larangan udara strategik yang dikenali sebagai Operasi Rolling Thunder (1965–1968) merupakan kegagalan yang terburuk. Permukaan bumi dengan hutal tebal, perisikan lemah ke atas pergerakkan musuh dan kekangan politik ke atas sasaran menjadikan usaha-usaha larangan udara oleh Amerika Syarikat adalah sia-sia. Pengaliran bekalan dan bantuan daripada Vietnam Utara kepada unit-unit mereka di Vietnam Selatan tidak terjejas teruk. Sebaliknya, usaha-usaha larangan udara Pasukan Bersekutu di dalam Perang Teluk pada 1991 telah membawa kejayaan besar dalam memisahkan barisan hadapan unit-unit Iraq daripada pangkalan-pangkalan mereka di belakang. Perisikan, yang diperolehi daripada penderia-penderia udara dan angkasa, telah memberi gambaran jelas kedudukan-kedudukan musuh, dan persekitaran padang pasir yang terbuka telah membantu dalam operasi larangan udara.

Pengajaran

[sunting | sunting sumber]

Apabila menilai usaha-usaha larangan udara pada kurun ke-20, it is possible bagi mengenal pasti faktor-faktor yang memberi kesan pada kejayaannya.

  • Pertama, penguasaan udara adalah penting untuk larangan udara kerana ia membolehkan pengenalan terperinci dan membuat serangan ke atas bekalan dan pasukan musuh, risiko ke atas pesawat yang membuat serangan juga dapat dikurangkan.
  • Kedua, risikan berkenaan kedudukan, pergerakkan, bekalan dan tujuan pasukan musuh adalah sangat penting. Sebagai contoh, dalam kempen Afrika Utara semasa Perang Dunia II, sumber-sumber perisikan telah memberi gambaran jelas kepada Pihak Bersekutu berkenaan pengagihan Pihak Paksi di Mediterranean. Berlainan semasa di Vietnam, Amerika Syarikat memiliki pemahaman yang rendah berkenaan aktiviti-aktiviti Vietcong dan Vietnam Utara.
  • Ketiga, cuaca dan bentuk muka bumi akan memberi kesan besar pada kejayaan atau kegagalan sesuatu misi larangan udara. Satu factor yang disebut di sini adalah keupayaan untuk melaksanakan larangan udara pada waktu siang atau malam atau cuaca kurang baik; suatu keadaan yang mana dapat membantu menyembunyikan pergerakan pasukan dan bekalan tentera.
  • Ketiga, operasi larangan udara mesti berterusan. Sekiranya musuh diberi peluang untuk tempoh rehat, mereka akan menambah bekalan dan membuat stok penimbal, menjadikan usaha larangan udara tidak berkesan.
  • Kelima, para perancang udara mesti memiliki tujuan yang realistik. Adalah tidak mungkin untuk mengasingkan keseluruhan medan pertempuran sama sekali. Biasanya sesuatu akan dapat melepasinya, yang jumlahnya mungkin cukup untuk mengekalkan pasukan musuh. Sebagai contoh, walaupun sekiranya 95 peratus kesemua bekalan kepada Pasukan Paksi di Itali semasa Perang Dunia II berjaya dihentikan, masih terdapat bahan-bahan yang cukup telah dihantar kepada Pasukan Paksi bagi melaksanakan operasi pertahanan yang berkesan.
  • Faktor keenam berhubungkait dan mungkin merupakan yang terpenting: iaitu perhubungan simbiosis di antara pasukan udara dan darat dalam sesuatu kempen larangan udara yang berjaya. Seorang musuh yang tenang dan tidak bergerak menggunakan hanya sedikit sumber. Sebaliknya jika, pasukan musuh diserang dan diusir daripada kedudukan pertahanan mereka oleh pasukan darat tentera sekutu, pasukan musuh akan menggunakan lebih banyak sumber, terutama bahan api dan peluru, sementara itu mereka juga akan menampakkan diri kepada serangan udara.

Contoh kempen-kempen larangan udara

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]