Lapau
Penampilan
Lapau terletak di Bandar Seri Begawan, seberang Muzium Alat Kebesaran Diraja dan Pusat Sejarah Brunei.[1] Bangunan ini ialah dewan istiadat di mana istiadat diraja Brunei diadakan. Di tempat ini, di bawah siling kubah emas bahagian dalam, Sultan Brunei kini, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, dipuspakan pada 1 Ogos 1968. Bersebelahan dengan Lapau ialah Dewan Majlis yang lama. Dewan Majlis yang baru dan lebih besar telah dibina. Kebenaran rasmi diperlukan untuk memasuki Lapau.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Sumber
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Lapau |