Pergi ke kandungan

Lapan jam sehari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Siri Gerakan Buruh
Buruh dalam ekonomi
Buruh kanak-kanak
Garis masa isu-isu & peristiwa
Hak asasi buruh
Perbandingan
Kesatuan pekerja
Lapan jam sehari
Mogok
Mogok umum
Sejarah buruh (disiplin)
Senarai mogok
Sindikalisme
Undang-undang buruh
Fahaman Kesatuan
Gerakan Sosial
Seluruh Dunia
Kesatuan mengikut negara
sunting

Pergerakan Lapan Jam Sehari, juga dikenali sebagai Pergerakan masa pendek mempunyai asal usulnya daripada Revolusi Industri di Britain, di mana pembuatan industri di kilang-kilang merubah kehidupan bekerja dan dikenakan waktu jam yang lama dan keadaab bekerja yang menyedihkan. Dengan keadaan bekerja yang tidak terkawal, kesihatan, kebajikan dan moral pekerja menderita. Eksploitasi buruh kanak-kanak telah menjadi perkara biasa. Hari bekerja boleh menjadi 10 jam hingga menjadi 16 jam untuk enam hari seminggu.

Robert Owen telah meningkatkan tuntutan sepuluh-jam sehari seawal 1810, dan melaksanakannya dalam enterprise sosialnya di New Lanark. Seawal 1817 dia telah merangkakan matlamat laman-jam sehari dan mencipta slogan Lapan jam kerja, Lapan jam berrekreasi, Lapan jam berehat. Wanita dan kanak-kanak di England diberikan sepuluh-jam sehari pada 1847. Pekerja Perancis memenangi dua belas jam sehari selepas revolusi February pada 1848. Hari bekerja lebih pendek dan peningkatan keadaan bekerja merupakan sebahagian daripada bangkangan umum dan meresahkan bagi Chartist reforms, dan organisasi awal pesatuan pekerja.

International Workingmen's Association memperjuangkan tuntutan bagi lapan jam sehari pada persidangannya di Geneva pada Ogos 1866 mengistiharkan Hak hari kerja yang sah adalah syarat awal tanpa mana sebarang peningkatan lanjut bagi memperelok dan pembebasan (emancipation) kelas bekerja terbukti separuh jalan dan Kongres mencadangkan lapan jam sehari sebagai limit sah bagi hari kerja.

Sungguhpun terdapat kejayaan awal dalam mencapai lapan jam sehari di New Zealand dan oleh pergerakan pekerja Australi bagi pekerja mahir pada 1840-an dan 1850-an, kebanyakan mereka yang bekerja terpaksa menunggu sehingga awal dan pertengahan abad ke dua puluh bagi keadaan ini di capai secara meluas di dunia perindustrian melalui tindakan perundangan.

Pergerakan lapan jam sehari membentuk sebahagian dari sejarah awal bagi Hari Buruh, dan Hari May yang diraikan di kebanyakan negara dan kebudayaan.

Amerika Syarikat

[sunting | sunting sumber]

Di Amerika Syarikat, tukang-tukang kayu Philadelphia telah mogok dalam tahun 1791 memperjuangkan sepuluh jam sehari. Semenjak dari 1830-an, mogok ini telah menjadi satu permintaan yang umum. Dalam tahun 1835, pekerja-pekerja di Philadelphia mengatur satu mogok umum, diketuai oleh pelombong arangbatu Irish. Panji-panji mereka tertulis, Daripada 6 ke 6, sepuluh jam bekerja dan dua jam untuk makan. Penerbitan-penerbitan pergerakan buruh ini telah menyeru untuk lapan-jam sehari seawal tahun 1836. Tukang-tukang binaan kapal laut Boston , walaupun tidak bersatu, memperolehi lapan-jam sehari dalam tahun 1842.

Pada tahun 1864, isu lapan jam sehari menjadi tunggak bagi tuntutan bagi pergerakan buruh Chicago. Perwakilan Illinois kemudiannya meluluskan undang-undang pada awal tahun 1867 meluluskan masa berkerja selama lapan jam sehari tetapi ia mempunyai begitu banyak kelemahan menyebabkan ia hampir tidak berkesan. Para pekerja kemudiannya mogos seluruh bandar bermula pada 1 May 1867, menutup ekonomi bandar tersebut selama satu minggu sebelum gagal. Pada tahun 1868, Kongres meluluskan undang-undang lapan jam waktu bekerja bagi pekerja pusat, tetapi juga terbukti kurang berkesan.

Dalam bulan Ogos 1866 Kesatuan Pekerja Kebangsaan (National Labor Union) di Baltimore telah meluluskan satu resolusi yang menyatakan, "Keperluan pertama dan yang penting masa kini adalah membebaskan pekerja negara ini daripada perhambaan kapitalis, adalah dengan meluluskan satu undang-undang yang mana lapan jam akan menjadi hari bekerja yang normal dalam seluruh negeri kesatuan Amerika. Kita akan memberikan segala kekuatan yang ada sehinggalah keputusan kemenangan ini dicapai."


Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • Anarchism and State Violence in Sydney and Melbourne 1886-1896, (1986) Bob James.[1]
  • The Dramas of Haymarket accessed 23 June 2005 [2] Diarkibkan 2006-04-26 di Wayback Machine
  • May Day, The Workers' Day, born in the struggle for the eight-hour day, Andy McInerney, in Liberation & Marxism, issue no. 27, Spring 1996 [3]
  • Mayday: A short History of 100 years of May Day 1890-1990 Melbourne May Day Committee, (1990)
  • Unionism and the Labor Movement, John Child, (1971)
  • A Documentary History of the Australian Labor Movement 1850 - 1975, Brian McKinley (ed), (1979) ISBN 0-909081-29-8

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Australia

New Zealand

United States of America