Aliran Marunouchi (Tokyo Metro)
Aliran Marunouchi Tokyo Metro اليرن مارونواوچي توكيو ميترو | |||
---|---|---|---|
Umum | |||
Nama lain | Aliran 4 | ||
Nama asal | 東京メトロ丸ノ内線 Tōkyō Metoro Marunouchi-sen | ||
Jenis | Alihan laju | ||
Status | Dibuka | ||
Lokasi | Tokyo | ||
Terminal | Ogikubo Ikebukuro | ||
Stesen | 28 - 25 stesen di aliran utama - 3 stesen di aliran cawangan | ||
Perkhidmatan | Tokyo Metro | ||
Penumpang harian | 2,047,043 (TF2012)[1] | ||
Operasi | |||
Dibuka | 20 Januari 1954 | ||
Pemilik | Tokyo Metro | ||
Pengendali | Tokyo Metro | ||
Depot | Koishikawa, Nakano | ||
Stok kereta api | Siri 02 Tokyo Metro | ||
Teknikal | |||
Panjang aliran | 27.4 km (17.0 bt) | ||
Tolok landasan | 1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in) | ||
Pengelektrikan | 600 V DC, landasan ketiga | ||
Kelajuan operasi | 75 km/j (47 mph) (bagi aliran utama) 65 km/j (40 mph) (bagi aliran cawangan) | ||
|
Aliran Marunouchi Tokyo Metro (東京メトロ丸ノ内線 , Tōkyō Metoro Marunouchi-sen) merupakan aliran kereta api alihan laju di Tokyo, Jepun, yang dikendalikan oleh syarikat Tokyo Metro. Aliran ini berbentuk seperti huruf U kerana laluannya berada di antara stesen Ogikubo di Suginami dan Ikebukuro di Toshima, dengan aliran Cawangan di antara stesen Nakano-sakaue dan Hōnanchō. Nama rasmi aliran ini adalah Aliran 4 Aliran Marunouchi (4号線丸ノ内線 , Yon-gōsen Marunouchi-sen).
Gambaran umum
[sunting | sunting sumber]Aliran Marunouchi merupakan aliran kereta api kedua yang dibina di bandar raya Tokyo dan yang pertama selepas Perang Dunia Kedua. Laluan aliran ini berbentuk U yang bermula dari stesen Ogikubo yang berada di barat bandar raya, melalui kawasan pentadbiran dan peniagaan Shinjuku, pusat perniagaan Marunouchi di sekitar stesen Tokyo, sebelum berpatah balik dan menuju ke Ikebukuro.
Aliran ini menggunakan stok kereta api siri 02 Tokyo Metro dengan kereta api enam gerabak pada aliran utama dan kereta api tiga gerabak pada aliran cawangan Hōnanchō. Aliran utama Marunouchi merupakan aliran alihan laju yang paling kerap digunakan di Tokyo dengan kereta api beroperasi pada selang masa 1 minit 50 saat ketika waktu puncak. Walaupun ia adalah perkhidmatan kereta api dengan kekerapan yang tinggi, menurut kaji selidik 2008 yang dijalankan oleh Kementerian Tanah, Prasarana, Pengangkutan dan Pelancongan, aliran Marunouchi merupakan salah satu aliran kereta api yang paling sibuk di Tokyo, berjalan dengan muatan 157% di antara stesen Shin-ōtsuka dan Myōgadani.[2] Masalah ini sedikit sebanyak berkurangan sedikit apabila aliran Ōedo Toei mula dibuka pada 2000. Disebabkan masalah kesesakan tersebut, pihak Tokyo Metro telah menaik taraf semua stesen dengan pintu platform berhadang tinggi pada 28 Mac 2009, di mana operasi pemandu sahaja juga dimulakan. Aliran cawangan pula beralih kepada operasi pemandu sahaja sejak Julai 2004.[3]
Dalam peta laluan kereta api alihan laju di Tokyo, aliran ini ditunjukkan dalam warna merah (▉). Stesen-stesennya pula diberikan nombor dan awalan "M" () manakala untuk aliran cawangan, "m" () digunakan.
Senarai stesen
[sunting | sunting sumber]Secara keseluruhannya terdapat 28 buah stesen bagi aliran Marunouchi di mana 25 daripadanya terletak pada aliran utama manakala 3 lagi terletak pada aliran cawangan. Kesemua stesen tersebut terletak di Tokyo.
Aliran utama
[sunting | sunting sumber]Nombor | Stesen | Jarak (km) | Pertukaran | Lokasi | ||
---|---|---|---|---|---|---|
Bahasa Melayu | Bahasa Jepun | Antara stesen | Keseluruhan | |||
M-01 | Ogikubo | 荻窪 | - | 0.0 | Aliran Chūō (Laju), Aliran Chūō-Sōbu | Suginami |
M-02 | Minami-asagaya | 南阿佐ケ谷 | 1.5 | 1.5 | ||
M-03 | Shin-kōenji | 新高円寺 | 1.2 | 2.7 | ||
M-04 | Higashi-kōenji | 東高円寺 | 0.9 | 3.6 | ||
M-05 | Shin-nakano | 新中野 | 1.0 | 4.6 | Nakano | |
M-06 | Nakano-sakaue | 中野坂上 | 1.1 | 5.7 | Aliran Marunouchi (untuk stesen Hōnanchō; sesetengah kereta api melalui Nakano-fujimichō) Aliran Ōedo (E-30) | |
M-07 | Nishi-shinjuku | 西新宿 | 1.1 | 6.8 | Shinjuku | |
M-08 | Shinjuku | 新宿 | 0.8 | 7.6 | Aliran Shinjuku (Toei) (S-01), Aliran Ōedo (Toei) (E-27, Shinjuku-nishiguchi: E-01) Aliran Chūō (Laju), Aliran Chūō-Sōbu, Aliran Yamanote, Aliran Shōnan-Shinjuku, Aliran Saikyō Aliran Keiō (KO-01), Aliran Baru (Keiō) (KO-01) Aliran Odawara (Odakyū) (OH-01) Aliran Shinjuku (Seibu) (Seibu-shinjuku: SS-01) | |
M-09 | Shinjuku-sanchōme | 新宿三丁目 | 0.3 | 7.9 | Aliran Fukutoshin (F-13) Aliran Shinjuku (Toei) (S-02) | |
M-10 | Shinjuku-gyoemmae | 新宿御苑前 | 0.7 | 8.6 | ||
M-11 | Yotsuya-sanchōme | 四谷三丁目 | 0.9 | 9.5 | ||
M-12 | Yotsuya | 四ツ谷 | 1.0 | 10.5 | Aliran Namboku (N-08) Aliran Chūō (Laju), Aliran Chūō-Sōbu | |
M-13 | Akasaka-mitsuke | 赤坂見附 | 1.3 | 11.8 | Aliran Ginza (G-05), Aliran Yūrakuchō (Nagatachō: Y-16), Aliran Hanzōmon (Nagatachō: Z-04), Aliran Namboku (Nagatachō: N-07) | Minato |
M-14 | Kokkai-gijidōmae (Bangunan Diet Kebangsaan) | 国会議事堂前 | 0.9 | 12.7 | Aliran Chiyoda (C-07), Aliran Ginza (Tameike-sannō: G-06), Aliran Namboku (Tameike-sannō: N-06) | Chiyoda |
M-15 | Kasumigaseki | 霞ケ関 | 0.7 | 13.4 | Aliran Hibiya (H-06), Aliran Chiyoda (C-08) | |
M-16 | Ginza | 銀座 | 1.0 | 14.4 | Aliran Ginza (G-09), Aliran Hibiya (H-08) Laluan bawah tanah ke stesen-stesen Higashi-ginza (A11, H09); Hibiya (I08, C09, H07) dan Yūrakuchō (Y18) |
Chūō |
M-17 | Tokyo | 東京 | 1.1 | 15.5 | Shinkansen Tōhoku, Shinkansen Akita, Shinkansen Yamagata, Shinkansen Joetsu, Shinkansen Nagano, Aliran Yamanote, Aliran Utama Chūō, Aliran Utama Tōkaidō, Aliran Utama Sōbu, Aliran Yokosuka, Aliran Keiyō, Aliran Keihin-Tōhoku, Aliran Musashino Shinkansen Tokaido |
Chiyoda |
M-18 | Ōtemachi | 大手町 | 0.6 | 16.1 | Aliran Tōzai (T-09), Aliran Chiyoda (C-11), Aliran Hanzōmon (Z-08) Aliran Mita (Toei) (I-09) | |
M-19 | Awajichō | 淡路町 | 0.9 | 17.0 | Aliran Chiyoda (Shin-ochanomizu: C-12) Aliran Shinjuku (Toei) (Ogawamachi: S-07) | |
M-20 | Ochanomizu | 御茶ノ水 | 0.8 | 17.8 | Aliran Chūō (Laju), Aliran Chūō-Sōbu | Bunkyō |
M-21 | Hongō-sanchōme | 本郷三丁目 | 0.8 | 18.6 | Aliran Ōedo (Toei) (E-08) | |
M-22 | Kōrakuen | 後楽園 | 0.8 | 19.4 | Aliran Namboku (N-11) Aliran Mita (Toei) (Kasuga: I-12), Aliran Ōedo (Toei) (Kasuga: E-07) | |
M-23 | Myōgadani | 茗荷谷 | 1.8 | 21.2 | ||
M-24 | Shin-ōtsuka | 新大塚 | 1.2 | 22.4 | ||
M-25 | Ikebukuro | 池袋 | 1.8 | 24.2 | Aliran Yūrakuchō (Y-09), Aliran Fukutoshin (F-09) Aliran Yamanote, Aliran Saikyō, Aliran Shōnan-Shinjuku Aliran Ikebukuro (Seibu) (SI-01) Aliran Tōjō (Tōbu) (TJ-01) |
Toshima |
Aliran Cawangan
[sunting | sunting sumber]Nombor | Stesen | Jarak (km) | Pertukaran | Lokasi | ||
---|---|---|---|---|---|---|
Bahasa Melayu | Bahasa Jepun | Antara stesen | Keseluruhan | |||
m-03 | Hōnanchō | 方南町 | - | 0.0 | Suginami | |
m-04 | Nakano-fujimichō | 中野富士見町 | 1.3 | 1.3 | Nakano | |
m-05 | Nakano-shimbashi | 中野新橋 | 0.6 | 1.9 | ||
M-06 | Nakano-sakaue | 中野坂上 | 1.3 | 3.2 | Aliran Marunouchi (untuk ke stesen Ikebukuro dan Ogikubo; sesetengah kereta api melaluinya) Aliran Ōedo (Toei) (E-30) |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ (Jepun) "東京都統計年鑑平成24年/運輸". Kerajaan metropolitan Tokyo. Dicapai pada 8 Februari 2014.
- ^ (Jepun) "東京圏における主要区間の混雑率(31区間)" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 15 Ogos 2009.
- ^ (Jepun) "丸ノ内線全線でワンマン運転開始 28日から". Tetsudo.com. 17 Mac 2009. Dicapai pada 17 Mac 2009.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Shaw, Dennis and Morioka, Hisashi, Tokyo Subways, diterbitkan pada 1992 oleh Hoikusha Publishing
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Aliran Marunouchi (Tokyo Metro) |