Aliran Hanzōmon (Tokyo Metro)
Aliran Hanzōmon Tokyo Metro اليرن هنزومون توکيو ميترو | |||
---|---|---|---|
Umum | |||
Nama lain | Aliran 11 Aliran Hanzōmon 11号線半蔵門線 11-gōsen Hanzōmon-sen | ||
Nama asal | 東京メトロ半蔵門線 Tōkyō Metoro Hanzōmon-sen | ||
Jenis | Alihan laju | ||
Status | Beroperasi | ||
Lokasi | Tokyo | ||
Terminal | Shibuya Oshiage | ||
Stesen | 14 | ||
Penumpang harian | 858,836 (TF2010)[1] | ||
Nombor laluan | 11 | ||
Laman sesawang | www | ||
Operasi | |||
Dibuka | 1 Ogos 1978[2] | ||
Pemilik | Tokyo Metro | ||
Pengendali | Tokyo Metro | ||
Depot | Saginuma | ||
Stok kereta api |
| ||
Teknikal | |||
Panjang aliran | 16.8 km (10.4 bt) | ||
Tolok landasan | 1,067 mm (3 kaki 6 in) | ||
Pengelektrikan | 1,500 V DC katenari overhed | ||
Kelajuan operasi | 80 km/j (50 mph) | ||
|
Aliran Hanzōmon Tokyo Metro (東京メトロ半蔵門線 , Tōkyō Metoro Hanzōmon-sen) ialah satu aliran kereta api alihan laju yang terdapat di Tokyo, Jepun. Ia dikendalikan dan dimiliki oleh syarikat Tokyo Metro. Aliran ini bermula dari stesen Shibuya sehingga ke Oshiage. Aliran Hanzōmon juga dikenali sebagai Aliran 11 Aliran Hanzōmon (11号線半蔵門線 , 11-gōsen Hanzōmon-sen).
Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, aliran Hanzōmon ditunjukkan dengan warna ungu (▉) dan stesen-stesennya ditandakan dengan nombor beserta huruf "Z" ().
Gambaran keseluruhan
[sunting | sunting sumber]Aliran sepanjang 16.8 kilometer (10.4 bt) ini memberi khidmat di wad Shibuya, Minato, Chiyoda, Chūō, Kōtō dan Sumida. Aliran Hanzōmon bersambung dengan aliran Den-en-toshi Tokyu di stesen Shibuya yang menuju ke selatan dan aliran Skytree Tobu di stesen Oshiage yang menuju ke utara.
Aliran ini mempunyai pertukaran dengan aliran kereta api Tokyo Metro dan Toei yang lain kecuali aliran Hibiya (pertukaran masih boleh dibuat melalui aliran Skytree Tobu di stesen Kita-senju). Ia menghubungkan dengan aliran Ginza di lima stesen (empat stesen di antara Shibuya dan Nagatachō serta Mitsukoshimae).
Aliran Hanzōmon mendapat namanya daripada pintu barat Istana Maharaja (Hanzōmon). Dipercayai bahawa nama pintu barat itu diambil sempena nama samurai abad ke-16, Hattori Hanzō yang merupakan tokoh penting kepada pengasasan keshogunan yang membina istana itu.
Menurut Biro Pengangkutan Metropolitan Tokyo, sehingga Jun 2009, aliran Hanzōmon merupakan aliran kereta api alihan laju keenam tersibuk di Tokyo dengan kendalian muatan 173% ketika waktu puncak di antara stesen Shibuya dan Omotesandō.[3]
Stesen
[sunting | sunting sumber]Secara keseluruhannya terdapat 14 buah stesen bagi aliran Hanzōmon dan kesemua stesen tersebut terletak di bandar raya Tokyo.
Nombor | Stesen | Jarak (km) | Pertukaran | Lokasi | ||
---|---|---|---|---|---|---|
Bahasa Melayu | Bahasa Jepun | Antara stesen | Keseluruhan | |||
Z-01 | Shibuya | 渋谷[* 1] | - | 0.0 |
|
Shibuya |
Z-02 | Omotesandō | 表参道 | 1.3 | 1.3 |
|
Minato |
Z-03 | Aoyama-itchōme | 青山一丁目 | 1.4 | 2.7 |
| |
Z-04 | Nagatachō | 永田町 | 1.4 | 4.1 |
|
Chiyoda |
Z-05 | Hanzōmon | 半蔵門 | 1.0 | 5.1 | ||
Z-06 | Kudanshita | 九段下 | 1.6 | 6.7 |
| |
Z-07 | Jimbōchō | 神保町 | 0.4 | 7.1 |
| |
Z-08 | Ōtemachi | 大手町 | 1.7 | 8.8 | ||
Z-09 | Mitsukoshimae | 三越前 | 0.7 | 9.5 |
|
Chūō |
Z-10 | Suitengūmae [Kuil Suitengū] | 水天宮前 | 1.3 | 10.8 | ||
Z-11 | Kiyosumi-shirakawa | 清澄白河 | 1.7 | 12.5 | Aliran Ōedo (Toei) (E-14) | Kōtō |
Z-12 | Sumiyoshi | 住吉 | 1.9 | 14.4 | Aliran Shinjuku (Toei) (S-13) | |
Z-13 | Kinshichō | 錦糸町 | 1.0 | 15.4 |
|
Sumida |
Z-14 | Oshiage | 押上[* 3] | 1.4 | 16.8 |
|
- ^ Shibuya berkongsi dengan Perbadanan Tokyu dan Tokyo Metro, di mana Perbadanan Tokyu menguruskan stesen ini.
- ^ Disebabkan jarak di antara aliran Ginza dan Hanzōmon/Den-en-toshi di Shibuya, pertukaran di antara dua aliran diumumkan di Omotesandō.
- ^ Oshiage berkongsi dengan Kereta Api Tobu dan Tokyo Metro di mana Tokyo Metro menguruskan stesen ini.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Jumlah penumpang di stesen Tokyo Metro pada 2010" (PDF) (dalam bahasa Jepun). Train Media. Dicapai pada 28 Mei 2012.
- ^ "History" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Januari 2016. Dicapai pada 23 Januari 2016. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan) - ^ "Commute". Metropolis. 12 Jun 2009. m/s. 7.
Muatan ditakrifkan dimana penumpang mempunyai tempat duduk, berupaya untuk memaut pada susur tangan atau pada pintu kereta api
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Aliran Hanzōmon |