Pergi ke kandungan

Lalat askar hitam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lalat askar hitam
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Infraorder:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Spesies:
H. illucens
Nama binomial
Hermetia illucens
Linnaeus, 1758
Lalat Askar Hitam sedang mengawan

Lalat askar hitam (Hermetia illucens) ialah spesies paling biasa ditemui dalam famili Stratiomyidae. Ia terdapat di Eropah, Afrika tropika, Australasia, Amerika Tengah dan timur Asia termasuk Malaysia.[1] Lalat askar hitam adalah sejenis lalat yang tidak dikategorikan sebagai pembawa penyakit. Tempoh hidup seekor lalat askar hitam dewasa adalah di sekitar 5 hingga 7 hari sahaja. Lalat askar hitam dewasa juga tidak mempunyai mulut, tugas bersama pasangannya hanyalah untuk mengawan dan bertelur.

Kitaran hidup

[sunting | sunting sumber]

Anggaran tempoh hayat seekor lalat askar hitam terpanjang semasa di peringkat lava. Ia bergantung kepada makanan yang ada, lava akan membesar sehingga sepanjang setengah inci.

Seekor lalat askar hitam boleh bertelur sehingga 500 butir selama hayatnya seminggu. Lalat askar hitam betina akan mencari tempat-tempat yang strategik di persekitaran tempat bahan-bahan busuk agar mudah anak-anak lavanya mencari makanan. Kebiasaannya di celah-celah rekahan, bawah daun dan berongkoi-rongkoi kecil tajam berwarna putih kekuningan. Bergantung kepada suhu dan cuaca.

Telur akan menetas dalam masa 4 hari atau lebih.

Selepas menetas lava akan merangkak ke tempat gelap dan busuk untuk makan. Sekiranya cuaca membenarkan dan makanan cukup, lava boleh matang dalam masa 20 hari. Selepas itu ia akan segera keluar dari tempat gelap dan busuk untuk mencari tanah. Ia akan masuk ke dalam tanah dan akan berubah menjadi pupa selepas beberapa hari. Lava boleh hidup sehingga 6 bulan sekiranya makanan masih tidak mencukupi.

Lava matang berwarna hitam bersaiz sekitar 0.7inci

Tempoh pupa Lalat Askar Hitam adalah seminggu. Ianya keras dan akan menetaskan Lalat Askar Hitam dewasa.

Lalat Askar Hitam dewasa berukuran 7-10mm menyerupai penyengat kecil, tetapi tidak mempunyai mulut. Berwarna hitam dan keperang perangan. Ada juga spesis yang berwarna biru. Lalat Askar Hitam dilahirkan samada jantan atau betina hanya untuk tujuan mengawan dan bertelur. Sebab itu Lalat Askar Hitam tidaklah boleh dijadikan penyebab pembawa penyakit, kecuali ianya hinggap di makanan manusia yang sememangnya sudah busuk.

Hermetia Illucens / Lalat Askar Hitam dewasa di Malaysia

Manfaat Lalat Askar Hitam

[sunting | sunting sumber]

Lava dari Lalat Askar Hitam yang matang mengandungi 45 peratus protien dan 35 peratus lemak. Terdapat kajian dan juga telah di komersialkan beberapa alat untuk mengumpul lava matang ini dan menjadikannya makanan utama untuk industri perikanan dan penternakan ayam. [1] Diarkibkan 2012-04-02 di Wayback Machine Teknologi biodisel juga boleh dihasilkan daripada lava lalat ini. Oleh kerana sikap kerakusan lava ini, bahan bahan buangan organik boleh dikomposkan dalam sesingkat masa mungkin. [2]

Di beberapa makmal negara maju, lava lalat askar hitam juga digunakan untuk tujuan forensik dan perubatan.

Di Vietnam, lava lalat askar hitam digoreng dan dibuat juadah makanan.

  1. ^ Woodley, N. E. 2001. A World Catalog of the Stratiomyidae (Insecta: Diptera). Di Hermetia

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]