Pergi ke kandungan

La bandera blanca y verde

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
La bandera blanca y verde

National anthem Andalusia
LirikBlas Infante
MuzikSevilla José del Castillo Díaz
Diguna pakai1981

La bandera blanca y verde adalah lagu kebangsaan bagi wilayah autonomi Andalusia, Sepanyol[1]. Liriknya ditulis oleh Blas Infante, bapa kepada gerakan Nasionalisme Andalusia. Lagunya pula digubah oleh José del Castillo Díaz. Lagu ini dikatakan diinspirasi dari lagu "Santo Dios", lagu keagamaan yang terkenal di pedalaman Andalusia yang selalunya dinyanyikan oleh petani ketika menuai. Dipercayai Blas Infante mencadangkan lagu ini kepada José del Castillo, namun melodinya adalah karya asli Castillo. Selepas Perang Saudara Sepanyol, gubahan asli muzik ini telah musnah, cuma manuskrip untuk piano sahaja yang kekal. Penggubah, Manuel Castillo telah menambahbaik versi Castillo.

Lirik dalam Bahasa Sepanyol
La bandera blanca y verde
vuelve, tras siglos de guerra,
a decir paz y esperanza,
bajo el sol de nuestra tierra.
 
 
¡Andaluces, levantaos!
¡Pedid tierra y libertad!
¡Sea por Andalucía libre,
Los pueblos[2] y la Humanidad!
 
 
Los andaluces queremos
volver a ser lo que fuimos
hombres de luz, que a los hombres,
alma de hombres les dimos.
 
 
¡Andaluces, levantaos!
¡Pedid tierra y libertad!
¡Sea por Andalucía libre,
Los pueblos y la Humanidad!
Lirik dalam Bahasa Melayu
Bendera Hijau dan Putih
Kembali setelah ratusan tahun dalam perang
Untuk memberi khabar keamanan dan harapan
Di bawah sinar suria tanah air kita.
 
— Korus —
Bangsa Andalusia, bangun!
Menangislah untuk tanah dan kebebasan
Semoga ia wujud untuk Andalusia yang merdeka,
Bangsa[3] dan umat manusia.
 
 
Kami, bangsa Andalusia, mahu
sekali lagi menjadi
Bangsa yang dalam Kesedaran untuk umat manusia
memberi nyawa manusia.
 
— Korus —
Bangsa Andalusia, bangun!
Menangislah untuk tanah dan kebebasan
Semoga ia wujud untuk Andalusia yang merdeka,
Bangsa and umat manusia.
  1. ^ http://www.juntadeandalucia.es/SP/JDA/CDA/Secciones/Simbolos_de_Andalucia/JDA-Indice_Simbolos/0,20314,2,00.html Statute of Autonomy for Andalusia, article 6.2
  2. ^ España in the unofficial version of the anthem.
  3. ^ Replaced with Spain in the unofficial version of the anthem.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]