Pergi ke kandungan

Kumpulan XOXO

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
XOXO
Berasal dariMalaysia
GenreLawak, Sketsa
PekerjaanPelawak, Pelakon, Penyanyi, pengacara, Penyampai radio
Tahun aktif2013, 2015, 2017
Pengkarya berkait
Balas, Chot, Gegau
Ahli

Kumpulan XOXO adalah sebuah kumpulan terdiri dari Pelawak, Pelakon, Penyampai Radio dan Pengacara di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 2013 dan merupakan sebuah kumpulan ber-genre komedi yang dianggotai oleh Hazone dan Chot Hazmeer pada peringkat awal menerusi Program Realiti TV3 Bintang Mencari Bintang musim yang pertama dibawah bimbingan seorang penghibur Malaysia yang tersohor iaitu Allahyarham Harun Salim Bachik[1].

Kumpulan XOXO sekali lagi mengorak langkah pada tahun 2015 apabila terpilih untuk menyertai Program Realiti TV (ASTRO WARNA) Projek Komedi Warna secara Trio bersama dengan Pelawak Yus Tapah dari Skool Of Lawak dan layak keperingkat akhir dengan menduduki tangga ke-5.

Hazone dan Hazmeer sekali lagi menyertai Maharaja Lawak Mega 2016 bersama Wan Wala namun bukan dibawah nama XOXO, mereka menyertai dibawah dengan nama XOLA. Hasil gabungan ini bertahan hingga minggu ke 4 sahaja.[2]

Sekali lagi nama Kumpulan XOXO terpahat dalam industri lawak tanahair apabila muncul dalam Program Realiti TV yang cukup popular pada setiap tahun iaitu Maharaja Lawak Mega 2017 secara trio bersama Pelakon dan Pelawak Wan Gegau yang popular dengan tagline Nampak takkk menerusi Program Realiti TV Lawak Solo 2016[3]. Namun Kumpulan XOXO berjaya bertahan sehingga minggu ke-7 dan dianggap satu pencapaian yang terbaik sebagai sebuah kumpulan komedi yang masih baru dengan pentas besar sebegitu.

Hazone dan Hazmeer kini mengendalikan sebuah Podcast yang dinamakan Cerita Malam Jumaat.[4]

  1. ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2013/03/06/tv3-kenalkan-12-peserta-bintang-mencari-bintang
  2. ^ "Maharaja Lawak Mega 2016 Gabungan Peserta Grup Berbeza - Hiburan | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2016-01-20. Dicapai pada 2025-01-03.
  3. ^ http://www.gempak.com/artikel/4218/tak-kecewa-ini-pencapaian-terbaik-kami-xoxo
  4. ^ Cerita Malam Jumaat (2024-11-17), Cerita Malam Jumaat Episod 1 (Part 2) - Jiwa Kental Dalam Dunia Lawak Sebab..., dicapai pada 2025-01-03

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]