Pergi ke kandungan

Kumpulan Prasarana Rakyat Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd

[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ) telah ditubuhkan pada 8 November 1995 sebagai sebuah syarikat sendirian berhad milik penuh Kerajaan Negeri Johor. Selama ini, KPRJ telah membina reputasi sebagai pemaju utama dalam pembangunan sosial dan infrastruktur bagi negeri Johor termasuk usaha niaga pelaburan hartanah.

Sebagai cabang pelaburan Johor, KPRJ merupakan pemegang kepentingan utama dalam pembangunan Iskandar Malaysia melalui peranannya sebagai salah satu pemegang saham utama dalam Iskandar Investment Berhad (IIB). Pada masa ini, KPRJ juga merupakan pemegang saham dalam Infra Desa (Johor) Sdn. Bhd., Iskandar Waterfront Holdings Sdn. Bhd., dan Southkey City Sdn. Bhd.