Pergi ke kandungan

Kuil Sam Poo Kong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tokong Sam Poo Kong

Kuil Sam Poo Kong adalah sebuah tokong Cina Buddha yang terletak di daerah Simongan, Semarang, Indonesia. Tokong ini dibina hasil biaya orang ramai terutama kutipan derma dari dermawan Cina dan tiket masuk . Di dalamnya ada pentas 'Klenteng Agung Sam Poh Kong' semasa pesta kebudayaan dan keagamaan.

Menurut sejarawan, Laksamana Cheng Ho/ Zheng He dari negara China yang berugama Islam pernah singgah di sini dan jenazahnya dikebumikan di Semarang.

Ramai pelancong China khususnya yang berugama Buddha melawat ke tokong ini terutama semasa Hari Wesak. Warga muslim China dari daerah Yunnan sangat akrab dan mengenal baik serta menyakini bahawa Laksamana Cheng Ho sebagai panglima perang utusan Tiongkok keturunan Farsi memiliki latar belakang Islam.

Gua batu di sini dipercayai sebagai tempat awal mendarat dan markas Laksamana Cheng Ho beserta anak buahnya ketika berkunjung ke Pulau Jawa. Mbah Kiai Cundrik Bumi merupakan tempat segala jenis persenjataan yang digunakan untuk mempersenjatai kelasi kapal. Kiai/Nyai Tumpeng berkaitan dengan urusan makanan di kapal dan Kiai Djangkar tempat meletakkan jangkar kapal. Sedangkan Mbah Djurumudi dipercaya sebagai makam dari jurumudi kapal. Dalam bangunan tersebut dihiasai dengan berbagai lukisan dan patung-patung yang menggambarkan perjalanan Cheng Ho sampai ke Jawa .

pentas 'Klenteng Agung Sam Poh Kong' Sam Poo Kong -pintu luar Patung Laksamana Cheng ho