Kuih sopang
Kuih sopang merupakan sejenis kuih tradisional yang dibuat daripada tepung pulut, pisang dan gula melaka dengan inti yang dibuat menggunakan kelapa parut muda. Adunan itu kemudiannya dibentuk bujur. Kuih sopang dihidangkan dengan kuah santan pekat.
Dari segi rupa dan bentuknya, ada yang menganggap Sopang sama seperti kuih koci atau badak berendam tapi sebenarnya ia berbeza sama sekali dari segi proses dan juga rasa.
Asal
[sunting | sunting sumber]Kuih sopang popular di Negeri Sembilan dan merupakan hidangan istimewa terutama pada hari perayaan.
Nama
[sunting | sunting sumber]Nama kuih ini sebenarnya berasal dari perkataan Sepang, yang disebut sebagai "Sopang" dalam dialek tempatan.
Penyebaran
[sunting | sunting sumber]Kuih sopang biasanya dijual secara harian dan mudah didapati.
Dalam budaya popular
[sunting | sunting sumber]Kuih sopang kurang diminati dikalangan golongan muda sebagi makanan harian kerana ia berkuah dan dianggap leceh untuk dihidang dan dimakan. Kuahnya yang melekit menyebabkan seseorang itu terpaksa berhati-hati ketika memakannya, dan perlu membasuh tangan selepas memakannya.
Resipi
[sunting | sunting sumber]Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Resepi Sopang
- Gambar kuih sopang Diarkibkan 2008-08-20 di Wayback Machine