Kuih keseri
Kesari merupakan sejenis kuih tradisional masyarakat India.
Ianya merupakan hidangan manis yang boleh didapati ketika majlis keramaian dan upacara sembahyang juga.
Kesari dihasil menggunakan tepung suji, gula, minyak sapi, buah kismis dan gajus serta pewarna kuning.
Terdapat banyak syarikat pengeluar rempah-ratus tempatan dan India menghasilkan campuran Kesari yang boleh diperolehi di kedai kedai.
Resepi Kesari
[sunting | sunting sumber]Bahan-bahan ( Penghasilan tradisional)
[sunting | sunting sumber]- 400 gm suji
- 300 gm gula
- 300 gm gula
- 100 gm minyak sapi dibahagi 2
- 50 gm gajus
- 50 gm buah kismis
- 3 biji buah pelaga ditumbuk halus*
- ( abaikan jika tiada)
- sedikit pewarna kuning
Cara pembuatannya
[sunting | sunting sumber]Tepung suji digoreng bersana 1/2 bahagian minyak sapi hingga sebati dan diketepikan. Biji gajus dan buah kismis digoreng bersama minyak sapi pula secara berasingan.
Kemudian panaskan lagi sikit minyak sapi goreng serbuk buah pelaga, tepung suji, gula, kismis dan sedikit pewarna kuning. Masukkan sedikit air sekiranya adunan terlalu pekat.
Kacau hingga adunan tidak melekat pada periuk dan angkat dan ratakan dalam acuan dan aturkan buah gajus. Biarkan sehingga sejuk dan dipotong untuk dihidangkan.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Melayu) Resepi di Kuali. Diarkibkan 2005-11-20 di Wayback Machine