Kuek Ho Yao
Tan Sri Kuek Ho Yao adalah tokoh terkenal pembangunan masyarakat di negeri Johor.Beliau pernah menjadi pengarah Sekolah Tinggi Foon Yew dan pengarah kesemua lima Sekolah Rendah Foon Yew. Mendiang juga salah seorang pengasas Southern University College.
Beliau adalah sepupu kepada Raja Gula Asia, Tan Sri Robert Kuok. Beliau pernah diculik dua kali - selama 66 hari bermula 24 Mei, 1984; dan selama 74 hari bermula 13 Jun 1987.
Meninggal dunia
[sunting | sunting sumber]Pada 14 Oktober 2012, Kuek Ho Yao meninggal dunia pada usia 96 tahun akibat jangkitan paru-paru. Beliau dimasukkan ke Hospital Pakar Johor Bharu pada 5 Oktober 2012. Antara pemimpin yang menziarahi jenazah mendiang di Taman Maju Jaya ialah Anggota Parlimen Johor Baharu Tan Sri Shahrir Samad; Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; dan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong dan isteri Hishamuddin, Tengku Marsilla Tengku Abdullah.
Mayat Kuek akan diuruskan di krematorium di Taman Sutera, Perling. Mendiang meninggalkan dua anak lelaki, tiga perempuan dan 15 cucu. [1]