Pergi ke kandungan

Kucing ekor kontot Amerika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kucing ekor kontot Amerika
Bobtail Amerika
Asal usul Amerika Syarikat
Piawaian baka
TICA (Piawaian)
CFA (Piawaian)
ACFA/CAA Piawaian: LH, SH
Kucing bela jinak (Felis catus)

Kucing ekor kontot Amerika atau bobtail Amerika (bahasa Inggeris: American bobtail) ialah satu baka kucing bela jinak jarang yang dikembangkan pada hujung 1960-an.[1] Ia paling ketara kerana ekor "kontot"-nya kira-kira sepertiga hingga setengah panjang ekor kucing biasa. Ini disebabkan oleh mutas genetik jenis badan kucing yang menjejaskan perkembangan ekor, serupa dengan yang pada kucing Manx.[1] Baka ini tidak berkaitan dengan kucing ekor kontot Jepun sungguhpun terdapat nama dan jenis fizikal serupa—atur cara pembiakbakaanny sepenuhnya tidak berkaitan, dan mutasi geneik yang menyebabkan ekor dikontotkan diketahui berbeza kerana mutasi yang menyebabkan ekor kucing ekor kontot Amerika adalah dominan, sementara mutasi ekor kucing ekor kontot Jepun adalah resesif.[2]

Kucing ekor kontot Amerika ialah baka sangat tegap, dengan kedua-dua bulu pendek dan bulu panjang. Bulunya agak lebat daripada sebaliknya padat atau gebu. Ia boleh mempunyai mana-mana warna mata dan bulu, dengan tegasan kuat pada penampilan tabi "liar" pada haiwan pertunjukan.[1]

  1. ^ a b c "Cat Breed Profile: American Bobtail". Animal.Discovery.com. Discovery Communications. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-10-05. Dicapai pada 12 September 2014.
  2. ^ "Comparison: Japanese Bobtail, Manx and American Bobtail". Fanciers: Japannese Bobtail FAQ. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-05. Dicapai pada 12 September 2014.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]