Kuasa veto
Kuasa veto merujuk kepada hak yang diberi kepada seseorang atau sesuatu kumpulan untuk menolak sebarang keputusan undang-undang yang diluluskan oleh beberapa ahli yang lain. Veto berasal dari bahasa Latin yang bermaksud "saya melarang" diungkapkan konsul dan tribunus yang boleh menghalang sebarang titah perintah diluluskan Senat Rom.
Biasanya hak ini terhad sebab eksekutif dan penggubal undang-undang mempunyai tanggungjwab serta tugas yang berlainan seperti termaktub di dalam konsep pembahagian kuasa.
Kuasa veto
[sunting | sunting sumber]Di bawah perlembagaan Amerika Syarikat misalnya, Presiden mempunyai kuasa veto ke atas sebarang rang undang-undang yang diluluskan Kongres. Namun kuasanya adalah terhad dan ia boleh dimansuhkan dengan undi dua pertiga dari kedua-dua dewan Kongres.