Ku Ada Kamu
"Ku Ada Kamu" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Adira | ||||
daripada album AF8 Hits | ||||
Dilancarkan pada | 22 Mei 2010 | |||
Dirakamkan pada | 2010 | |||
Format | single promo, Airplay | |||
Genre | balada | |||
Panjang | 3:48 | |||
Syarikat | Astro Entertainment | |||
Penulis | Edry Abdul Halim | |||
Penerbit | Edry Abdul Halim | |||
Kronologi single Adira | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
"Ku Ada Kamu" pertama kali dinyanyikan oleh Adira di konsert akhir Akademi Fantasia Musim 8 dengan persembahan yang sangat menakjubkan. Rakaman studio lagu ini telah dirakam sejak Siti Adira Suhaimi masih berada dalam akademi fantasia 8 lagi. Sejurus akademi fantasia musim 8 berakhir, Astro Entertainment (AESB) dengan kerjasama KRU Studio telah melancarkan album AF8 Hits pada 26 Mei 2010 yang mengandungi lagu Ku Ada Kamu dan lagu2 lain bintang AF8.
Cetusan Idea
[sunting | sunting sumber]Menurut komposer lagu ini, iaitu Edry Abdul Halim pada peringkat awal memilih single baru untuk peserta AF8, beliau berbincang dengan Astro dalam menentukan genre lagu sesuai untuk bintang-bintang AF8. Seperti Adira, dia sesuai dengan konsep diva pop seperti mana penyanyi antarabangsa, Whitney Houston, Mariah Carey dan Diana Ross. [1] "Masa saya nak berikan lagu ini untuk Adira pun, saya telah bayangkan Adira sesuai dengan konsep lagu-lagu diva.Penyanyi Malaysia yang mempunyai konsep lagu seperti Adira ialah Adibah Noor dan Jaclyn Victor," jelas Edry Abdul Halim. [2]
Am
[sunting | sunting sumber]Lagu ini bertemakan motivasi. Tentang seseorang sama ada kekasih, ibu bapa, rakan, guru, adik-beradik yang sentiasa memberi kebahagiaan, membimbing dikala kita memerlukan bimbingan, menghiburkan ketika kita dalam kesedihan, memberi semangat untuk bangun semula ketika kita sedang jatuh, menghadapi susah dan senang bersama-sama, sehingga rasa gemuruh dan takut terkikis dengan dorongan cinta seseorang itu. Ia merujuk tentang cinta yang umum.
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Pada Disember 2010, lagu ini layak beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu 2010 bersama-sama 13 lagu yang lain.
Kedudukan carta
[sunting | sunting sumber]Carta (2010) | Kedudukan tertinggi |
---|---|
Carta Era | 5 |
Carta Hot FM 30 | 1 |
Carta Muzik FM | 2 |
Carta Suria FM | 1 |
Carta Muzik Muzik | 1 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ http://www.hmetro.com.my/articles/INTERAKSI_Biarhasilseniitusendiribersuara/Article/
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-22. Dicapai pada 2010-12-14.