Pergi ke kandungan

Kruiser tempur kelas Courageous

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Courageous sebagai kruiser tempur semasa Perang Dunia Pertama
Ringkasan kelas
Nama: Kelas Courageous
Pengguna: Bendera tentera laut United Kingdom Tentera Laut Diraja
Didahului oleh: kelas Renown
Diganti oleh: Kelas Admiral
Sub-kelas: HMS Furious
Kos: £2,038,225 (Courageous)
Dibina: 1915–1917
Dalam perkhidmatan: 1916–1944
Ditauliahkan: 1916–1944
Dirancang: 3
Disiapkan: 3
Musnah: 2
Diskrapkan: 1
Ciri-ciri umum (Courageous)
Jenis: Kruiser ringan besar/kruiser tempur
Sesaran:
  • 19,180 long ton (19,488 t)
  • 22,560 long ton (22,922 t) (Muatan terdalam)
Panjang: 786 ka 9 in (239.8 m)
Lunas: 81 ka (24.7 m)
Draught: 25 ka 10 in (7.9 m)
Installed power:
  • 90,000 shp (67,113 kW)
  • 18 dandang tiub kecil
Jana kuasa: 4 syaf; 4 turbin stim bergear
Halaju: 32 knot (59 km/j; 37 mph)
Anak kapal: 842 pegawai dan kelasi
Persenjataan:
Perisai:

Kelas Courageous terdiri dari tiga kruiser tempur dikenali sebagai "kruiser ringan besar" yang dibina untuk Royal Navy semasa Perang Dunia I. Kelas itu direka secara nominal untuk menyokong Projek Baltik, dirancang oleh Laksamana Armada Lord Fisher yang berniat untuk mendaratkan pasukan tentera di Pantai Baltik Jerman. Kapal-kapal kelas ini adalah pantas tetapi kurang berperisai, dengan hanya beberapa meriam berat. Mereka diberi drauf yang cetek, sebahagiannya untuk membolehkan mereka beroperasi di laut cetek Baltik tetapi juga mencerminkan pengalaman yang diperoleh sebelum perang. Untuk memaksimumkan kelajuan mereka, kruiser tempur kelas Courageous merupakan kapal utama pertama Royal Navy yang menggunakan turbin stim bergear dan dandang tiub kecil.

Dua kapal pertama, Courageous dan Glorious, telah ditauliahkan pada tahun 1917 dan menghabiskan perang dengan meronda Laut Utara. Mereka mengambil bahagian dalama Pertempuran Kedua Heligoland Bight pada November 1917 dan hadir apabila Armada Laut Lepas menyerah kalah setahun kemudian. Kapal separa kembar mereka Furious telah direka dengan sepasang meriam 18-inci (457 mm), iaitu meriam terbesar yang pernah dipasang pada kapal Royal Navy, tetapi telah diubah suai semasa pembinaan dengan memasang geladak penerbangan dan hangar sebagai ganti turet dan barbette di bahagian depan. Selepas beberapa rondaan di Laut Utara, turet belakangnya telah ditanggal dan geladak penerbangan lain ditambah. Pesawatnya menyerang hangar Zeppelin semasa serangan Tondern pada Julai 1918.

Ketiga-tiga kapal telah disimpan selepas perang, tetapi dibina semula sebagai kapal pengangkut pesawat kelas Courageous semasa 1920an. Glorious dan Courageous telah karam pada awal Perang Dunia II dan Furious dijual untuk sekerap pada tahun 1948.

  • Burt, R. A. (1986). British Battleships of World War One. Annapolis, MD: Naval Institute Press. ISBN 0-87021-863-8.
  • Buxton, Ian (2008). Big Gun Monitors: Design, Construction and Operations 1914–1945 (ed. 2nd, revised and expanded). Annapolis, MD: Naval Institute Press. ISBN 978-1-59114-045-0.
  • Campbell, N. J. M. (1978). Battle Cruisers: The Design and Development of British and German Battlecruisers of the First World War Era. Warship Special. 1. Greenwich: Conway Maritime Press. ISBN 0-85177-130-0.
  • Jenkins, C. A., Commander (1972). HMS Furious/Aircraft Carrier 1917–1948: Part II: 1925–1948. Warship Profile. 24. Windsor, Berkshire: Profile Publications. OCLC 10154565.
  • McBride, Keith (1990). "The Weird Sisters". Dalam Gardiner, Robert (penyunting). Warship. 1990. Annapolis, Maryland: Naval Institute Press. m/s. 102–117. ISBN 1-55750-903-4.
  • Newbolt, Henry (1996) [1931]. Naval Operations. History of the Great War Based on Official Documents. V. Nashville, TN: Battery Press. ISBN 0-89839-255-1.
  • Parkes, Oscar (1990) [1957]. British Battleships. Annapolis, MD: Naval Institute Press. ISBN 1-55750-075-4.
  • Roberts, John (1997). Battlecruisers. Annapolis, MD: Naval Institute Press. ISBN 1-55750-068-1.
  • Rohwer, Jürgen (2005). Chronology of the War at Sea 1939–1945: The Naval History of World War Two (ed. Third Revised). Annapolis, MD: Naval Institute Press. ISBN 1-59114-119-2.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]