Kronenthaler
Penampilan
Kronenthaler iala duit syiling perak yang dikeluarkan buat pertama kali di Belanda Austria (lihat Kronenthaler Belanda Austria). Ia mengandungi satu persembilan (1/9) daripada kandungan logam perak mark Cologne and oleh itu, nilainya sama sahaja dengan Reichsthaler dalam konvensyen Leipzig. Kebanyakan contoh duit syiling menonjolkan potret raja Austria pada bahagian depan dan empat buah mahkota di bahagian belakang. Oleh itu, duit syiling itu dinamai Kronenthaler yang membawa pengertian "thaler mahkota". Selepas Belanda Austria ditakluki oleh Perancis, banyak negeri Jerman (Bavaria, Baden, Hesse-Darmstadt dan Württemberg) mengeluarkan Kronenthaler kerana ia telah menjadi suatu duit syiling perdagangan yang popular.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kronenthaler |