Kromatografi cecair prestasi tinggi
Kromatografi cecair prestasi tinggi ialah suatu teknik kimia analisis yang digunakan untuk memisahkan, mengenalpasti serta menghtiung jumlah komponen dalam sesebuah campuran kimia. Sedikit kuantiti cecair sampel dicampurkan dengan pelarut cecair bertekanan tinggi melalui suatu turus berisi pepejal bahan penjerap. Setiap komponen dalam campuran sampel akan bertindak pada kadar yang berbeza-beza dengan bahan penjerap tersebut, lalu meghasilkan kadar aliran berbeza mengikut pantasnya komponen-komponen tersebut mengalir keluar daripada turus tersebut.
Teknik kromatografi digunakan untuk banyak tujuan, sama ada ia dalan bidang pembuatan (terutamanya dalam pembuatan produk farmaseutikal dan biologi), tujuan penyiasatan (mengesan kesan surih dadah terlarang dalam air kencing misalnya), kajian (e.g. pemisahan sampel biologi yang kompleks kepada komponen yang mudah), mahupun perubatan.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Gerber, F.; Krummen, M.; Potgeter, H.; Roth, A.; Siffrin, C.; Spoendlin, C. (2004). "Practical aspects of fast reversed-phase high-performance liquid chromatography using 3μm particle packed columns and monolithic columns in pharmaceutical development and production working under current good manufacturing practice". Journal of Chromatography A. 1036 (2): 127–133. doi:10.1016/j.chroma.2004.02.056. PMID 15146913.