Pergi ke kandungan

Krisis Hebat Timur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

  

Krisis Hebat Timur 1875–1878 bermula di wilayah Empayar Uthmaniyyah di Semenanjung Balkan pada tahun 1875, dengan tercetusnya beberapa pemberontakan dan peperangan yang mengakibatkan campur tangan kuasa antarabangsa, dan berakhir dengan Perjanjian Berlin pada bulan Julai 1878.

Ia juga dipanggil sebagai Serbo-Croatian:Velika istočna kriza ; Turki: Şark Buhranı ("Krisis Timur", untuk krisis secara umum), Turki: Ramazan Kararnamesi ("Dekri Ramadan", untuk Pencemaran kedaultan yang diisytiharkan pada 30 Oktober 1875) dan Turki: 93 Harbi ("Perang 93", untuk peperangan di semenanjung Balkan antara 1877 dan 1878, merujuk khususnya kepada Perang Rusia-Turki, tahun 1293 pada kalendar Rumi Islam bersamaan dengan tahun 1877 dalam kalendar Gregorian ).

Informasi Utama:Persoalan Timur

Pentadbiran Empayar Uthmaniyyah di rantau Balkan makin mulai lemah pada abad yang ke-19, dengan Sublime Porte semakin lama mulai kehilangan wilayah pentadbiran, pembaharuan yang dilakukan oleh kuasa Eropah tidak banyak membantu memperbaiki keadaan penduduk Kristian dan pada masa yang sama tidak berjaya memuaskan hati sebilagan besar penduduk Islam. Di Bosnia mengalami dua gelombang pemberontakkan oleh penduduk Islam ,yang paling utama adalah pada tahun 1850. Austria disatukan selepas pergolakkan separuh satu abad dan berusaha menghidupkan semula dasar pemgembangannya yang telah lama wujud dengan menghancurkan Empayar Uthmaniyyah. Sementara itu, kerajaan-kerajaan bebas de facto secara nominal autonomi iaitu Serbia dan Montenegro juga mahu mengembangkan ke kawasan yang didiami oleh rakan sebangsa mereka. Sentimen Nationalis dan Iredentisme teramat kuat dan digalakan oleh Rusia dan agen mereka.