Krian (kawasan persekutuan)
Kawasan pilihan raya Perak | |
---|---|
Kawasan pilihan raya diwujudkan | 1955 |
Kawasan pilihan raya telah dimansuhkan | 1959 |
Kali pertama dipertandingkan | 1955 |
Kali terakhir dipertandingkan | 1959 |
Demografi | |
Populasi (1954)[1] | 98,600 |
Pemilih (1955) | 40,339 |
Krian ialah sebuah kawasan pilihan raya parlimen yang terletak di Perak Darul Ridzuan dalam negara Persekutuan Tanah Melayu. Ia telah diwakili oleh Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955 sehinggalah tahun 1959. Ia merangkumi keseluruhan Daerah Kerian.[1]
Kawasan persekutuan ini pertama kali dipertandingkan pada tahun 1955 dan dimandatkan dengan mengembalikan seorang ahli parlimen kepada Dewan Rakyat Malaysia di bawah sistem pengundian pemenang undi terbanyak yang lalu.[2][3] Sejak 1955, ahli parlimen untuk kawasan Krian ialah Ahmad Tuan Hussein dari Parti Islam Se-Tanah Melayu (PMIP).
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Kawasan Krian telah dihapuskan pada tahun 1959 dan kini ia telah digantikan dengan Krian Laut dan Krian Darat. Kawasan parlimen ini juga telah wujud sejak negara Malaysia belum mencapai kemerdekaan. Pada pilihan raya pertama Tanah Melayu 1955, sebanyak tiga calon telah bertanding di kerusi parlimen Krian. Mereka ialah Ahmad Tuan Hussein dari Parti Islam Se-Tanah Melayu (PMIP), Haji Sulaiman Bin Haji Ahmad dari Parti Perikatan, dan Mohd Jan bin Ngah Parti Kebangsaan Perak (NAP).[4] Ahmad telah menang dan telah menewaskan dua calon lainnya dengan mendapatkan undian sebanyak 8,685.[3]
Sejarah perwakilan
[sunting | sunting sumber]Ahli Parlimen untuk Krian | |||||
---|---|---|---|---|---|
Parlimen | Tahun | Ahli | Parti | Undian yang didapatkan | Majoriti |
Kawasan parlimen diciptakan | |||||
Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu | |||||
ke-1 | 1955-1959 | Ahmad Tuan Hussein | PMIP | 8,685 | 450 |
Kawasan parlimen dimansuhkan, digantikan dengan Krian Laut dan Krian Darat. |
Demografi
[sunting | sunting sumber]Pada pilihan raya umum Tanah Melayu 1955, kebanyakkannya pemilih atau pengundi ialah beretnik Melayu iaitu sebanyak 28,203 orang atau 93%, kemudian diikuti oleh pengundi beretnik India iaitu sebanyak 1,541 orang. Pengundi beretnik Cina merupakan paling sedikit iaitu seramai 595 orang. Jumlah kosong bagi pengundi beretnik lain-lain. Jumlah keseluruhan pemilih berdaftar ialah seramai 30,339.[3][4]
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Parti | Calon | Undian | % | ∆% | |
---|---|---|---|---|---|
PMIP | Ahmad Haji Hussain | 8,685 | 42.9 | ||
Perikatan | Sulaiman Haji Ahmad | 8,235 | 40.7 | ||
NAP | Mohamed Jan Ngah | 3,315 | 16.4 | ||
Jumlah undian sah | 20,235 | 100.00 | |||
Jumlah kertas undi ditolak | |||||
Kertas undi tidak dikembalikan | |||||
Keluar mengundi | |||||
Pemilih berdaftar | 40,339 | ||||
Majoriti | 450 | ||||
Kawasan pilihan raya ini baru diciptakan. | |||||
Sumber |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Malaya in 52 parts for the polls" [Tanah Melayu dalam 52 bahagian untuk pilihan raya] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 24 Jun 1954. m/s. 1. Dicapai pada 12 Februari 2021.
- ^ "Parliamentary Democracy system in Malaysia" [Sistem Demokrasi Parlimen di Malaysia]. www.parlimen.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Parlimen Malaysia. Dicapai pada 12 Februari 2021.
- ^ a b c d "How To People Voted" (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 29 Julai 1955. m/s. 7. Dicapai pada 12 Februari 2021.
- ^ a b c d "People and Parties in the Pools" [Calon dan Parti dalam Kawasan Pilihan Raya] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 16 Jun 1955. m/s. 2. Dicapai pada 12 Februari 2021.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- "Keputusan Pilihan Raya Suruhanjaya Pilihan Raya". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-24. Dicapai pada 2016-04-29.