Pergi ke kandungan

Kotlin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kotlin
Muncul pada2011
Direka olehJetBrains
PembangunJetBrains dan para penyumbang sumber terbuka
Lepasan stabilKotlin 1.1.2 (25 April 2017; 7 tahun yang lalu (2017-04-25)[1])
Lepasan pratunjukKotlin 1.1.2 EAP (31 Mac 2017; 7 tahun yang lalu (2017-03-31)[2])
Disiplin penjenisanstatik, diinferens
DipengaruhiJava, Scala, Groovy, C#, Gosu, JavaScript
PelantarMenghasilkan bytecode JVM dan kod sumber JavaScript
OSMana-mana yang menyokong JVM atau pentafsir JavaScript
LesenApache 2
Sambugan fail biasa.kt, .kts
Laman webkotlinlang.org

Kotlin ialah sebuah bahasa pengaturcaraan dijeniskan secara statik yang dibangunkan oleh JetBrains. Ia dapat dikompilkan kepada bytecode untuk dijalankan oleh JVM, dan juga boleh dikompilkan kepada JavaScript.

Pada bulan Julai 2011, JetBrains mengumumkan Projek Kotlin, sebuah bahasa baharu untuk JVM yang telah dibangunkan selama setahun.[3] Dmitry Jemerov dari JetBrains berkata bahawa kebanyakan bahasa tidak mempunyai ciri-ciri yang mereka ingini, kecuali Scala. Namun, beliau menyatakan bahawa masa kompil Scala yang lama adalah satu kekurangan yang jelas.[3] Salah satu matlamat Kotlin ialah mampu dikompilkan sepantas Java. Pada bulan Februari 2012, JetBrains telah menyumberterbukakan Projek Kotlin dengan lesen Apache 2.[4]

Kotlin v1.0 telah dikeluarkan pada 15 Februari 2016 dan dianggap sebagai keluaran stabil rasmi tunggal bagi bahasa ini[5]

Semasa Google I/O 2017, Google mengumumkan bahawa sokongan kelas pertama bagi Kotlin pada Android.[6]

Di dalam Kotlin, pemboleh ubah dan parameter diisytiharkan dengan menyebut namanya diikuti jenis datanya, dipisahkan dengan tanda titik bertindih. Namun begitu, kotlin mempunyai ciri inferens jenis maka jenis data adalah tidak wajib. Kenyataan pula dipisahkan dengan samada tanda koma bernoktah ataupun baris baru dan, sama seperti Java, dikumpulkan sebagai blok menggunakan kurungan beralun.

Contoh "Hello, world" dalam kotlin adalah seperti berikut:

fun main(args: Array<String>) {
    val w = "world"
    println("Hello, $w!")
}
  1. ^ "Kotlin 1.1.2 is out". Kotlin Blog. 2017-04-25. Dicapai pada 2017-05-04.
  2. ^ "Kotlin 1.1.2 EAP - EAP - Kotlin Discussions". Discuss.kotlinlang.org. 2017-03-31. Dicapai pada 2017-04-11.
  3. ^ a b Krill, Paul (Jul 22, 2011). "JetBrains readies JVM language Kotlin". infoworld.com. InfoWorld. Dicapai pada February 2, 2014.
  4. ^ Waters, John (February 22, 2012). "Kotlin Goes Open Source". ADTmag.com/. 1105 Enterprise Computing Group. Dicapai pada February 2, 2014.
  5. ^ "Kotlin 1.0 Released: Pragmatic Language for JVM and Android | Kotlin Blog". Blog.jetbrains.com. 2016-02-15. Dicapai pada 2017-04-11.
  6. ^ Shafirov, Maxim (May 17, 2017). "Kotlin on Android. Now official". Today, at the Google I/O keynote, the Android team announced first-class support for Kotlin.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]