Pergi ke kandungan

Tanjungpinang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Kota Tanjung Pinang)
Tanjungpinang
Kota Tanjungpinang
Bandar Tanjungpinang
Transkripsi tempatan
 • Jawiتنجوڠ ڤينڠ
 • Cina丹戎檳榔/廖都
Dari atas, kiri ke kanan: Pandangan bandar dari Pulau Dompak, rumah gabenor Kepulauan Riau, makam raja Riau, Tugu Raja Haji Fisabilillah, dan Muzium Sultan Sulaiman Badrul Alamsyah
Bendera Tanjungpinang
Jata Tanjungpinang
Nama panggilan: Bandar Gurindam
Cogan kata: Jujur Bertutur, Bijak Bertindak
Lokasi dalam Kepulauan Riau
Lokasi dalam Kepulauan Riau
Tanjungpinang yang terletak di Kepulauan Riau
Tanjungpinang
Tanjungpinang
Tanjungpinang yang terletak di Indonesia
Tanjungpinang
Tanjungpinang
Tanjungpinang (Indonesia)
Koordinat: 0°55′08″N 104°27′19″E / 0.918773°N 104.455415°E / 0.918773; 104.455415Koordinat: 0°55′08″N 104°27′19″E / 0.918773°N 104.455415°E / 0.918773; 104.455415
Negara Indonesia
WilayahSumatera
Provinsi Kepulauan Riau
DidudukiAwal abad ke-3
Diasaskan6 Januari 1784[1]
Diperbadankan21 Jun 2001[2]
Pentadbiran
 • Pemangku Datuk BandarHasan
Keluasan
 • Jumlah812.7 km2 (313.8 batu persegi)
 • Tanah144.56 km2 (55.81 batu persegi)
Aras
18 m (59 ft)
Penduduk
 (anggaran pertengahan 2023[3])
 • Jumlah234,840
 • Kepadatan290/km2 (750/batu persegi)
Zon waktuUTC+7 (Waktu Indonesia Barat)
Area code(+62) 771
Laman sesawangtanjungpinangkota.go.id

Tanjungpinang, juga sering ditulis Tanjung Pinang, ialah bandar utama bagi provinsi Kepulauan Riau, Indonesia. Ia meliputi tanah seluas 144.56 km2, terutama di bahagian selatan Pulau Bintan, begitu juga pulau-pulau lain yang lebih kecil seperti Pulau Dompak dan Pulau Penyengat.[4] Dengan penduduk seramai 227,663 setakat Bancian 2020,[5] ia menjadi bandar kedua terbesar bagi provinsi tersebut, selepas Batam;[6] anggaran rasmi setakat pertengahan 2023 ialah 234,840 (merangkumi 118,600 lelaki dan 116,250 perempuan).[3] Tanjungpinang ialah bandar bersejarah bagi budaya Melayu, dan pernah menjadi bandar utama bagi Kesultanan Johor dan Kesultanan Riau-Lingga.

Tanjungpinang – yang namanya diambil dari kedudukan pokok pantai yang menjulur ke laut – menempatkan tempat strategik di selatan Pulau Bintan, mengawal muara Sungai Bintan. Tanjungpinang mempunyai hubungan feri dan bot laju ke Batam, Singapura (40 km jauh), dan Johor Bahru. Bandar ini tersedia dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Haji Fisabilillah, terletak kira-kira 7 km timur pusat bandar.

Melangkaui abad, Tanjungpinang pernah berada di bawah kawalan Sumatera (Srivijaya), Melaka, Belanda, Inggeris, dan Jepun. Sentuhan asing ini mempengeruhai budayanya, juga menjadi pusat laluan kebudayaan dan perdagangan Melayu. Pada abad ke-18, iamenjadi bandar utama bagi Empayar Johor-Riau-Lingga.

Monumen perjuangan pahlawan nasional Raja Haji Fisabilillah

Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Bandar ini (yang ditadbir berasingan dengan Kabupaten Bintan) dibahagikan kepada empat kecamatan, dijadualkan di bawah dengan kawasan dan penduduk mereka pada Bancian 2010,[7] dan 2020,[5] bersama-sama anggaran rasmi pada petengahan 2023.[3]

Kecamatan Keluasan (km2) Bancian Penduduk Bilangan kampung Poskod
2010 2020 Anggaran 2023
Bukit Bestari 45.64 54,157 54,410 52,590 5 29122-124
Tanjungpinang Timur 58.95 70,867 109,780 120,320 5 29122-125
Tanjungpinang Kota 35.42 17,026 19,226 19,220 4 29111-115
Tanjungpinang Barat 4.55 45,309 44,247 42,710 4 29111-113

Demografi

[sunting | sunting sumber]
Agama di Tanjungpinang (2023)[8]
agama peratus
Islam
  
80.77%
Buddhisme
  
11.32%
Protestan
  
6.25%
Roman Katolik
  
1.43%
Konfusius
  
0.21%
Hinduisme
  
0.02%

Islam ialah agama utama bagi bandar ini, dengan 78.57% daripada jumlah penduduk mengenal pasti diri mereka sebagai Muslim. Agama lain ialah Buddhisme, yang membentuk 13.58% jumlah penduduk, Kristian, yang membentuk 7.56% jumlah penduduk, Hinduisme, yang membentuk 0.02% jumlah penduduk dan Konfusius, yang membentuk 0.27% jumlah penduduk.[9]

Mercu tanda

[sunting | sunting sumber]
Tugu Raja Haji Fisabillah di Tanjungpinang

Pusat kebudayaan bagi pentas persembahan muzik dan tarian Melayu terletak di Tanjungpinang. Pusat ini biasanya menganjurkan pesta dan persembahan lain, seperti muzik dan tarian. Tokong Buddha yang terkenal terletak di luar pusat Tanjungpinang di pekan kecil bernama Senggarang.

Pulau Penyengat

[sunting | sunting sumber]
Pulau Penyengat

Istana pemerintah lama dan makam diraja, termasuk makam Raja Ali Haji (yang mencipta dan mengarang buku tatabahasa Melayu pertama), adalah salah satu daripada peninggalan Kesultanan Riau–Lingga. Masjid wakil diraja lama, Masjid Raya, masih digunakan.

  1. ^ Sani, Muhammad (2013-02-08). Untung Sabut Muhammad Sani (dalam bahasa Indonesia). Gramedia Pustaka Utama. ISBN 978-602-03-5358-6.
  2. ^ RI, Setjen DPR. "J.D.I.H. - Dewan Perwakilan Rakyat". www.dpr.go.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2020-06-03.
  3. ^ a b c Badan Pusat Statistik, Jakarta, 28 February 2024, Kota Tanjungpinang Dalam Angka 2024 (Katalog-BPS 1102001.2172)
  4. ^ "Kabupaten - Kementerian Dalam Negeri - Republik Indonesia". 2013-10-31. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 October 2013. Dicapai pada 2020-06-03.
  5. ^ a b Badan Pusat Statistik, Jakarta, 2021.
  6. ^ "Badan Pusat Statistik Provinsi Kepulauan Riau". kepri.bps.go.id. Dicapai pada 2020-06-03.
  7. ^ Biro Pusat Statistik, Jakarta, 2011.
  8. ^ "Religion in Indonesia".
  9. ^ "Riau Islands Province in Figures 2017". BPS Kepulauan Riau. Dicapai pada July 22, 2018.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]