Pergi ke kandungan

Korvet kelas Kora

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
INS Kulish (P63) semasa LatihanMalabar 2012
Ringkasan kelas
Nama: Kelas-Kora
Pembina: GRSE
Pengguna:
Didahului oleh: kelas Khukri
Diganti oleh: kelas Kamorta
Kos:
  • 240 crore (bersamaan dengan 669 crore atau AS$99 juta pada tahun 2016) (India, FY 2001)
  • 365 crore (bersamaan dengan 408 crore atau AS$61 juta pada tahun 2016) (Mauritius, FY 2014)
Disiapkan: 5
Aktif: 5
Ciri-ciri umum [1]
Jenis: Korvet peluru berpandu
Sesaran: 1,460 short ton (1,320 t) (muatan penuh)
Panjang: 91.1 m (299 ka)
Lunas: 10.5 m (34 ka)
Draught: 4.5 m (15 ka)
Jana kuasa: 2 × enjin diesel SEMT Pielstick/Kirloskar 18 PA6V 280 (14,400 PS, 10,600 kW); 2 aci
Halaju: 25 kn (46 km/j; 29 mph)
Jarak: 4,000 bt (6,400 km) pada 16 kn (30 km/j; 18 mph)
Anak kapal: 134 termasuk 14 pegawai
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • radar perncari udara band-E/F MR-352 (NATO: Cross Dome)
  • radar pencari permukaan dan udara band-I/J Granit Garpun B (NATO: Plank Shave)
  • radar kawalan tembakan band-H/I MR-123 (NATO: Bass Tilt) (P61 sahaja)
  • radar kawalan tembakan band-I BEL Lynx (P62, P63 and P64)
  • radar navigasi band-I BEL 1245
Peperangan elektronik
& pengumpan:
  • tindak balas sokongan elektonik BEL Ajanta P
  • 2 × pelancar chaff PK-10
  • pengumpan torpedo ditunda BEL TOTED
Persenjataan:
  • 16 × peluru berpandu permukaan ke permukaan (SSM) Kh-35 (SS-N-25) (4 x pelancar berkembar empat)
  • pelancar SA-N-5 Grail untuk peluru berpandu pertahanan udara
  • 1 × meriam 76 mm kaliber 62 Otobreda (P61, P62, P63 dan P64) (digantikan dengan meriam AK 76/60 semasa program MLU)
  • 2 × CIWS 30 mm kaliber 65 AK-630
Pesawat yang dibawa: 1 × HAL Dhruv atau HAL Chetak

Korvet kelas-Kora adalah satu kelas korvet peluru berpandu yang berada dalam perkhidmatan aktif dengan Tentera Laut India dan Pengawal Pantai Mauritius.[2] Empat buah kapal telah dibina di Garden Reach Shipbuilders and Engineers (GRSE) dan menjalani pemasangan terakhir di Mazagon Dock Limited (MDL).

Kelas-Kora telah direka oleh biro rekabentuk tentera laut India di bawah program Project 25A, sebagai penganti pada korvet buatan Rusia, kelas Petya II yang digunakan oleh Tentera Laut India. Dua buah kapal pertama telah dipesan pada bulan April 1990; dan dua buah kapal berikutnya pada bulan Oktober 1994. Kelas ini dilengkapi dengan Trishul SAM, tetapi berikutan dengan pembatalan projek Trishul, sejenis peluru berpandu permukaan ke udara pelancaran bahu telah dipakai.

INS Kora telah membuat lawatan muhibah ke Singapura pada pertengahan tahun 2001. Di mana ia telah menyertai perayaan Hari Tentera Laut Republik Singapura diikuti dengan Pameran Pertahanan Maritim Antarabangsa (International Maritime Defence Exhibition-IMDEX) Asia 2001. Penyertaan INS Kora dalam IDEX menjadi petanda aras industri pembinaan kapal India dan usaha-usaha aslinya.

Pada tahun 2012, terdapat laporan bahawa Mauritius telah memesan 2 buah kapal berdasarkan kelas ini daripada Garden Reach Shipbuilders.[3]

Kapal-kapal dalam kelas

[sunting | sunting sumber]
Nama Pennant Pembina Dibaringkan Dilancarkan Ditauliahkan Pelabuhan asal Status
Bendera tentera laut India Tentera Laut India
Kora P61 GRSE 10 Januari 1990 23 September 1992 10 Ogos 1998[1] Visakhapatnam Aktif
Kirch P62 31 Januari 1990 28 September 1995 22 Januari 2001[1]
Kulish P63 4 Oktober 1995 18 Ogos 1997 20 Ogos 2001[1] Port Blair[4][5][6]
Karmuk P64 27 Ogos 1997 6 April 2000 4 Februari 2004[1]
Bendera tentera laut Mauritius Tentera Laut Mauritius
Barracuda C31 GRSE 23 April 2012 2 Ogos 2013[7] 12 Mac 2015[8] Aktif

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b c d e Commodore Stephen Saunders, penyunting (2005). "India". Jane's Fighting Ships 2005-2006 (ed. 108th). Coulsdon: Jane's Information Group. m/s. 321. ISBN 0710626924.
  2. ^ Indian Naval Ships-Corvettes-Khukri Class Diarkibkan 19 Jun 2009 di Wayback Machine
  3. ^ "Surface Force: An Indian First". Strategy Page. 30 April 2012. Dicapai pada 30 April 2012.
  4. ^ "Andaman islands get first missile Corvette". India Today. PTI. 6 April 2016. Dicapai pada 6 April 2016.
  5. ^ "INS Kulish joins ANC". The Echo of India (dalam bahasa Inggeris). Port Blair. 21 December 2017.
  6. ^ Roy, Sanjib Kumar (21 December 2017). "INS KULISH arrives in Andaman and Nicobar Command". Andaman Sheekha.
  7. ^ Bipindra, N C (3 August 2013). "India-made warship for Mauritius launched". The New Indian Express.
  8. ^ "State Visit of Indian PM: New OPV, the CGS Barracuda, commissioned". Government of Mauritius. 16 March 2015.