Korvet kelas Karakurt
Burya
| |
Ringkasan kelas | |
---|---|
Nama: | Kelas Karakurt |
Pembina: | |
Pengguna: | Tentera Laut Rusia |
Didahului oleh: | kelas Buyan |
Kos: | Sekitar RUB2 bilion (2017)[1] (US$34.3 juta) |
Dibina: | 2015–kini |
Dalam perkhidmatan: | 2018–kini |
Dibina: | 8 |
Dirancang: | 16[2] [3] |
Disiapkan: | 8 |
Aktif: | 3 |
Ciri-ciri umum | |
Jenis: | Korvet peluru berpandu |
Sesaran: | 800 tan (860 tan selepas dua buah kapal pertama) |
Panjang: | 67 m (220 ka) |
Lunas: | 11 m (36 ka) |
Draft: | 3.3 m (11 ka) |
Jana kuasa: | |
Halaju: | 30 knot (56 km/j; 35 mph) |
Jarak: | 2,500 nmi (4,600 km; 2,900 bt) |
Ketahanan: | 15 hari |
Anak kapal: | 50 - 70 |
Sistem penderia dan pemprosesan: | |
Persenjataan: |
|
Pesawat yang dibawa: | Pelancar untuk Orlan-10 UAV[4] |
Kelas Karakurt, designasi Rusia Project 22800 Karakurt (Rusia: Каракурт, lit. 'Latrodectus tredecimguttatus' Black Widow Eropah), adalah sebuah kelas korvet baharu dari Rusia yang mana telah memasuki perkhidmatan dengan Tentera Laut Rusia sejak tahun 2018.
Pembinaan kelas ini bertujuan untuk menjadikan ia sebagai sebuah kapal laut biru untuk melengkapi korvet kelas Buyan-M yang mana telah direka untuk zon pesisir pantai dan setakat setakat 2015[kemas kini] berkhidmat dalam Flotila Kaspia, Armada Baltik dan Armada Laut Hitam Rusia.[5] Kelas ini direka untuk dipersenjatai dengan peluru berpandu krus anti kapal Kalibr atau Oniks dan belayar selama 15 hari.[perlu rujukan] Ia juga menjadi pilihan lebih murah bagi frigat kelas Admiral Grigorovich yang bersaiz lebih besar, yang mana pembinaannya tertunda di sebabkan kerjasama ketenteraan yang digantung dengan Ukraine, dan di sebabkan niat Rusia untuk meneruskan pemodenan tentera lautnya sehingga kesemua tugasan untuk pembinaan kapal-kapal lebih besar secara domestik diselesaikan.[6][tiada dalam ayat yang diberikan] Bagaimanapun, kelewatan dalam penghantaran enjin yang dikilangkan secara domestik untuk kelas Karakurt telah menggangu penyiapan beberapa unit kapal kelas ini.[7] Selain itu, ancaman sekatan antarabangsa dilaporkan telah menggangu pembinaan kapal-kapal dalam kelas ini di limbungan kapal Morye di Feodosia, Crimea.[8]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Project 22800 buat pertama kali didedahkan kepada awam oleh Almaz semasa Forum Teknikal-Ketenteraan Antarabangsa «ARMY-2015», yang diadakan di Kubinka. Pada masa itu, kelas ini belum lagi dikenali sebagai "Project 12300". Semasa dalam pameran ini, pengumuman dibuat bahawa 18 buah kapal dirancang akan dibina.[2]
Dua buah kapal pertama, Uragan dan Taifun (kini Mytishchi dan Sovetsk), telah dibaringkan di Pella Shipyard, Saint Petersburg pada 24 Disember 2015.[9][10]
Pada bulan Ogos 2016, satu laporan menyebut bahawa sejumlah tujuh buah kapal telah dipesan daripada Pella Shipyard (salah sebuah kapal akan dibina di More Shipayrd, Feodosia), dan lima buahk kapal lagi telah dipesan daripada Zelenodolsk Shipyard.[11] Tiga buah daripada lima buah kapal yang telah dipesan iaitu Cyclone, Askold dan Amur, yang sebelumnya dirancang untuk dibina oleh Zelenodolsk Shipyard, kemudian telah dibaringkan di Zaliv Shipyard di Kerch.
Pada 29 Julai 2017, kapal sulung dalam kelas ini telah dilancarkan.[12]
Kementerian Pertahanan Rusia telah menandatangani satu kontrak untuk membina beberapa buah lagi kapal semasa Forum Teknikal-Ketenteraan Antarabangsa «ARMY-2017».[perlu rujukan]
Pada bulan Mei 2018, laporan mengatakan bahawa Mytishchi sedang menjalani ujian laut di Tasik Ladoga dan Laut Baltik.[13]
Semasa Forum Teknikal-Ketenteraan Antarabangsa «ARMY-2018», Kementerian Pertahanan Rusia telah menandatangani dua kontrak untuk membina enam buah lagi kapal. Dua buah kapal akan dibina oleh Vostochnaya Verf, Vladivostok manakala empat buah lagi oleh Amur Shipyard, Komsomolsk-on-Amur.[14][15]
Pada 16 Oktober 2018, Mytishchi memulakan ujian-ujian di Laut Putih,[16] dan secara rasminya diterima masuk ke dalam perkhidmatan pada 17 Disember 2018.[17]
Rekabentuk
[sunting | sunting sumber]Project 22800 diterbitkan daripada Project 12300 Skorpion, satu cadangan rekabentuk bot peluru berpandu oleh Almaz pada tahun 1990an dengan sesaran 500-tan,[18] yang banyak dipengaruhi oleh Project 21631, korvet Buyan-M.[2] Kapal-kapal dalam kelas ini mempunyai rekabentuk struktur super halimunan dengan sebuah tiang yang dipasang dengan empat buah panel radar jujukan fasa.[2] Persenjataan utama terdiri daripada peluru berpandu krus Kalibr atau peluru berpandu anti kapal supersonik P-800 Oniks yang dimuatkan di dalam lapan buah sel sistem pelancaran menegak UKSK di bahagian belakang super struktur (anjungan).[2] Korvet yang dibina untuk Tentera Laut Rusia akan dipasang dengan sepucuk meriam automatik dual-guna 76.2 mm AK-176MA, sebuah versi AK-176 yang telah dimodenkan. Bagaimanapun, pada kapal pertama, 100 mm A-190 telah dipasang.[19] Untuk versi eksport, meriam OTO Melara 76 mm buatan Itali telah dicadangkan.[20] Bagi pertahanan peluru berpandu, dua buah kapal pertama akan hanya dipasang dua buah CIWS jenis meriam, AK-630M.
Bermula pada kapal ketiga, ia akan dilengkapi dengan Pantsir-M, sebuah sistem peluru berpandu permuka ke udara Pantsir versi untuk tentera laut.[1] Kapal ketiga dalam kelas ini, Odintsovo, telah memasuki perkhidmatan Armada Baltik dengan sistem Pantsir-M pada November 2020.[21] Project 22800 tidak direka untuk peperangan anti kapal selam.
Kapal-kapal dalam kelas
[sunting | sunting sumber]Italik bermaksud anggaran
Nama | No. Limbungan | Pembina | Dibaringkan | Dilancarkan | Ditauliahkan | Armada | Status |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Mytishchi (bekas-Uragan) | 251 | Pella Shipyard | 24 Disember 2015[9] | 29 Julai 2017[12] | 17 Disember 2018[22] | Baltik | Aktif |
Sovetsk (bekas-Taifun) | 252 | Pella Shipyard | 24 Disember 2015[9] | 24 November 2017[23] | 12 Oktober 2019[24] | Baltik | Aktif |
Kozelsk (bekas-Shtorm) | 254 | More Shipyard | 10 Mei 2016[25][26] | 9 Oktober 2019[27] | 2022? | Baltik[28] | Dilancarkan |
Tsiklon | 801 | Zaliv Shipyard | 26 Julai 2016 | 24 Julai 2020[29] | Awal 2022[30][31][32] | Laut Hitam | Ujian laut[33] |
Odintsovo (bekas-Shkval) | 253 | Pella Shipyard | 29 Julai 2016[34] | 5 Mei 2018[35] | 21 November 2020 | Baltik | Aktif[36] |
Askold (bekas-Musson) | 802 | Zaliv Shipyard | 18 November 2016 | 21 September 2021[37] | 2022[30][33][38] | Laut Hitam | Dilancarkan |
Burya | 257 | Pella Shipyard | 24 Disember 2016[39][40] | 23 Oktober 2018[41] | 2022?[42] | Baltik | Dilancarkan |
Okhotsk | 255 | More Shipyard | 17 Mac 2017[43] | 29 Oktober 2019[27] | 2022? | Laut Hitam | Dilancarkan |
Amur (bekas-Passat) | 803 | Zaliv Shipyard | 30 Julai 2017 | 2023[44] | Laut Hitam | Dalam pembinaan | |
Vikhr | 256 | More Shipyard | 19 Disember 2017[45] | 13 November 2019[46] | 2022? | Laut Hitam | Dilancarkan |
Tucha | 804 | Zelenodolsk Shipyard | 26 Februari 2019[47] | 2022[30] | Baltik[perlu rujukan] | Dalam pembinaan | |
Rzhev | 201 | Amur Shipyard | 1 Julai 2019[48] | 2023?[49] atau selewat-lewatnya 2026[50] | Pasifik | Dalam pembinaan | |
Udomlya | 202 | Amur Shipyard | 1 Julai 2019[48] | 2023?[49] atau selewat-lewatnya 2026[51] | Pasifik | Dalam pembinaan | |
Taifun | 805 | Zelenodolsk Shipyard | 11 September 2019[52] | Oktober 2022[30] atau 2023[53] | Baltik [54] | Dalam pembinaan [55] | |
Ussuriysk | 204 | Amur Shipyard | 26 Disember 2019[56] | 2024[49] | Pasifik | Dalam pembinaan | |
Pavlovsk | 203 | Amur Shipyard | 29 Julai 2020[57] | 2024[49] | Pasifik | Dalam pembinaan | |
? | Vostochnaya Verf | Pasifik | Dibatalkan[3] | ||||
? | Vostochnaya Verf | Pasifik | Dibatalkan[3] |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Герман Костринский (31 Julai 2017). ""Каракурты" размажут по верфям". Kommersant (dalam bahasa Rusia). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Ogos 2017. Dicapai pada 1 Ogos 2017.
- ^ a b c d e Станислав Закарян (24 September 2016). "В Зеленодольске начнется строительство первого МРК проекта 22800 "Каракурт"". Оружие России (dalam bahasa Rusia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Ogos 2017. Dicapai pada 1 Ogos 2017.
- ^ a b c "Восточная верфь готовится к неполной рабочей неделе из-за расторжения контракта с Минобороны" (dalam bahasa Rusia). Sudostroenie.info. 17 September 2020. Dicapai pada 17 September 2020.
- ^ "Судьба «Каракурта»: распределена первая партия малых ракетных кораблей". Izvestia (dalam bahasa Rusia). 21 May 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-29. Dicapai pada 2020-09-11.
- ^ Юрий Макаров; Александр Мозговой (30 Julai 2015). "Через тернии… к здравому смыслу". Национальная оборона (dalam bahasa Rusia). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Februari 2017. Dicapai pada 2 November 2016.
- ^ "Минобороны заявило, что ОПК "немножко сорвал" срок сдачи двух фрегатов". RIA Novosti (dalam bahasa Rusia). 24 December 2015. Dicapai pada 27 May 2019.
- ^ "Analysis: Russia to change laws to renew Navy strength". Navy Recognition. 22 January 2020.
- ^ "BlackSeaNews | the Real Impact of Crimean Sanctions (4). Missed Deadlines for the Production of Karakurt Missile Corvettes at the Morye Shipyard in Feodosia".
- ^ a b c "Осуществлена торжественная закладка двух малых ракетных кораблей проекта 22800 стр. № 251 "Ураган" и стр. № 252 "Тайфун"". Pella Shipyard (dalam bahasa Rusia). 24 December 2015. Dicapai pada 26 May 2019.
- ^ "2 New Project 22800 Corvettes Uragan & Typhoon Laid Down by Pella Shipyard for Russian Navy". Navy Recognition. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-11. Dicapai pada 2016-08-10.
- ^ Тимур Латыпов (2 Ogos 2016). "Говорят, замминистра обороны Юрий Борисов сильно любит завод имени Горького…". Бизнес Online (dalam bahasa Rusia). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 November 2016. Dicapai pada 2 November 2016.
- ^ a b "Корабль "Ураган" проекта 22800 передадут Минобороны до конца года". RIA Novosti (dalam bahasa Rusia). 29 Julai 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Julai 2017. Dicapai pada 29 Julai 2017.
- ^ "Головной малый ракетный корабль проекта 22800 "Ураган" вышел на заводские ходовые испытания". bmpd.livejournal.com (dalam bahasa Rusia). 18 May 2018. Dicapai pada 27 May 2019.
- ^ "Дальневосточные верфи построят для Минобороны шесть "Каракуртов"". TASS (dalam bahasa Rusia). 22 Ogos 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Disember 2018. Dicapai pada 28 Februari 2019.
- ^ "Новые контракты Министерства обороны России". bmpd.livejournal.com (dalam bahasa Rusia). 23 August 2018. Dicapai pada 27 May 2019.
- ^ "Головной малый ракетный корабль "Ураган" проекта 22800 начал Государственные испытания". bmpd.livejournal.com (dalam bahasa Rusia). 20 October 2018. Dicapai pada 27 May 2019.
- ^ "Малый ракетный корабль "Ураган" все-таки стал "Мытищами"". bmpd.livejournal.com (dalam bahasa Rusia). 18 December 2018. Dicapai pada 27 May 2019.
- ^ Sebuah bot Project 12300 telah dibaringkan pada 2001 di Rybinsk, tapi gagal disiapkan.
- ^ "Экипажи морской авиации БФ обеспечили проведение завершающего этапа госиспытаний МРК "Мытищи"". Armstrade.org (dalam bahasa Rusia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-09. Dicapai pada 2018-12-09.
- ^ "Индии предложат МРК "Каракурт" с итальянской 76-мм артустановкой". FlotProm (dalam bahasa Rusia). 25 Mei 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2017. Dicapai pada 1 Ogos 2017.
- ^ "Analysis 1/5: Review about Pantsir-M Russian-made medium-range naval air defense missile system". Navy Recognition. 24 November 2020.
- ^ "Russian Navy gets lead cruise missile corvette". TASS. 17 Disember 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Disember 2018. Dicapai pada 18 Disember 2018.
- ^ "Малый ракетный корабль "Тайфун", оснащенный крылатыми ракетами "Калибр", спустили на воду в Петербурге". Interfax (dalam bahasa Rusia). 24 November 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 November 2017. Dicapai pada 24 November 2017.
- ^ "В Балтийске торжественно поднят Военно-морской флаг на новейшем малом ракетном корабле "Советск"" (Siaran akhbar) (dalam bahasa Rusia). Ministry of Defence of Russian. 12 October 2019. Dicapai pada 12 October 2019.
- ^ "В Феодосии на ССЗ "Море" заложен малый ракетный корабль "Шторм"". sdelanounas.ru (dalam bahasa Rusia). 10 May 2016. Dicapai pada 26 May 2019.
- ^ "Morye Shipyard Lays Down 3rd Project 22800 Shtorm Missile Craft in Crimean City of Feodosiya". navyrecognition.com. 11 May 2016. Dicapai pada 27 May 2019.
- ^ a b "В Феодосии спущены на воду малые ракетные корабли «Козельск» и «Охотск» проекта 22800". bmpd.livejournal.com (dalam bahasa Rusia). 5 November 2019. Dicapai pada 5 November 2019.
- ^ "Не хватало малого: ракетный «Каракурт» отправят на Балтику". Izvestia (dalam bahasa Rusia). 6 April 2021. Dicapai pada 7 April 2021.
- ^ Archus, Dorian (2020-07-24). "Russian Zaliv Shipyard launches new Karakurt-class corvette Tsiklon". Naval News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-24.
- ^ a b c d "Зеленодольские "Каракурты" начнут получать двигатели с 2020 года" [Zelenodolsk: "Karakurt" will start receiving engines from 2020]. flotprom.ru (dalam bahasa Rusia). 9 July 2019. Dicapai pada 5 November 2019.
- ^ Kretsul, Roman; Cherepanova, Anna (May 28, 2021). "«Циклон» приближается: малые ракетные корабли усилят Черноморский флот" [Cyclone Approaches: Small Rocket Ships to Strengthen the Black Sea Fleet]. Izvestia (dalam bahasa Rusia).
- ^ "Черноморский флот в конце года получит вооруженный "Калибром" ракетный корабль "Циклон"".
- ^ a b "Russia's Black Sea Fleet To Get Two Karakurt-class Corvettes This Year". Naval News. June 3, 2021.
- ^ "В Ленобласти заложили малый ракетный корабль "Шквал" для ВМФ". RIA Novosti (dalam bahasa Rusia). 29 July 2016. Dicapai pada 26 May 2019.
- ^ "Состоялась торжественная церемония спуска на воду второго серийного малого ракетного корабля проекта 22800 "Шквал", стр. № 253" (Siaran akhbar) (dalam bahasa Rusia). Pella Shipyard. 5 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2018. Dicapai pada 5 Mei 2018.
- ^ "Малый ракетный корабль "Одинцово" с зенитным комплексом "Панцирь-М" приняли в состав ВМФ" [Small missile ship "Odintsovo" with anti-aircraft complex "Pantsir-M" was accepted into the Navy]. ТАSS (dalam bahasa Rusia). 21 November 2020.
- ^ "Crimean Shipyard floats out advanced missile corvette for Russian Navy".
- ^ "Russian navy to get at least three Karakurt-class corvettes in 2021-2022 — source".
- ^ "Малый ракетный корабль "Буря" заложен на верфи в Санкт-Петербурге". TASS (dalam bahasa Rusia). 24 December 2016. Dicapai pada 26 May 2019.
- ^ "Pella Shipyard Laid Keel of 4th Project 22800 Karakurt-class Corvette for Russian Navy". Navy Recognition. 28 December 2016. Dicapai pada 27 May 2019.
- ^ "Small missile ship floated out in northwest Russia". TASS. 23 Oktober 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Oktober 2018. Dicapai pada 23 Oktober 2018.
- ^ "Russian navy to get at least three Karakurt-class corvettes in 2021-2022 — source".
- ^ "В Феодосии заложили малый ракетный корабль проекта "Каракурт"". RIA Novosti (dalam bahasa Rusia). 17 March 2017. Dicapai pada 26 May 2019.
- ^ http://russianships.info/eng/warships/project_22800.htm
- ^ "Малый ракетный корабль "Вихрь" проекта 22800 "Каракурт" заложат в Феодосии". TASS (dalam bahasa Rusia). 19 Disember 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Disember 2017. Dicapai pada 19 Disember 2017.
- ^ "В Феодосии спущен на воду малый ракетный корабль «Вихрь» проекта 22800". bmpd.livejournal.com (dalam bahasa Rusia). 2 December 2019. Dicapai pada 2 December 2019.
- ^ "Закладка корпуса малого ракетного корабля проекта 22800" (Siaran akhbar) (dalam bahasa Rusia). Zelenodolsk Shipyard. 26 Februari 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mac 2019. Dicapai pada 28 Februari 2019.
- ^ a b "На Амурском судостроительном заводе заложили два малых ракетных корабля проекта 22800" (Siaran akhbar) (dalam bahasa Rusia). United Shipbuilding Corporation. 11 September 2019. Dicapai pada 11 September 2019.
- ^ a b c d "На Амурском судостроительном заводе заложен малый ракетный корабль «Уссурийск» проекта 22800". bmpd.livejournal.com (dalam bahasa Rusia). 27 December 2019. Dicapai pada 27 December 2019.
- ^ http://russianships.info/eng/warships/project_22800.htm
- ^ http://russianships.info/eng/warships/project_22800.htm
- ^ "Торжественная церемония закладки МРК проекта 22800 «Тайфун»" (Siaran akhbar) (dalam bahasa Rusia). Zelenodolsk Shipyard. 11 September 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 September 2019. Dicapai pada 19 September 2019.
- ^ http://russianships.info/eng/warships/project_22800.htm
- ^ Степовой, Богдан; Рамм, Алексей (2020-05-21). "Судьба «Каракурта»: распределена первая партия малых ракетных кораблей". Известия (dalam bahasa Rusia). Dicapai pada 2020-05-21.
- ^ "Зеленодольский завод намерен завершить серию "Каракуртов" к октябрю 2022 года". ФлотПром (dalam bahasa Rusia). Dicapai pada 2020-01-27.
- ^ "На Амурском судостроительном заводе заложили малый ракетный корабль" (Siaran akhbar) (dalam bahasa Rusia). United Shipbuilding Corporation. 26 December 2019. Dicapai pada 27 December 2019.
- ^ "На Амурском судостроительном заводе заложили малый ракетный корабль" (Siaran akhbar) (dalam bahasa Rusia). United Shipbuilding Corporation. 29 July 2020. Dicapai pada 29 July 2020.