Korps Brigade Mobil
Korps Brigade Mobil BRIMOB | |
---|---|
Aktif | 14 November 1946 - kini |
Negara | Indonesia |
Cawangan | Kepolisian Negara Republik Indonesia |
Jenis | Pasukan Elit, separa tentera |
Peranan | Pencegah keganasan domestik, Penguatkuasaan undang-undang, |
Saiz | 34,000 (lebih kurang) |
Pangkalan | Depok, Jawa Barat, Indonesia |
Nama samaran | BRIMOB |
Moto | Jiwa Ragaku Demi Kemanusiaan |
Warna | Biru Tua (warna beret) |
Maskot | Bunga Teratai |
Peringatan | 14 November 1946 |
Komander | |
Komander terkini | Inspektor Jeneral Rudi Sufahriadi |
Korps Brigade Mobile (disingkatkan kepada Brimob) adalah pasukan khas di dalam pertubuhan Polis Negara Indonesia yang mempunyai tugas utama khusus dibidang penguatkuasa undang-undang Indonesia, seperti mengatasi jenayah berkadar tinggi, pencegah-keganasan (Counter-terrorism), Penyelamatan tebusan (Hostage Rescue), Pemusnah bom (Bomb Disposal), Pengendalian daripada ancaman kimia, biologi, dan radioaktif (KBR), peperangan bandar, mengatasi rusuhan, Pencarian dan Penyelamatan (SAR), serta tugas-tugas polis lainya yang bersifat separa tentera. Brimob bersifat separa tentera kerana dilatih sebahagian ilmu-ilmu ketenteraan dan peperangan, walaupun secara rasmi ialah disebut sebagai Polis.
Kor ini cawangan polis tertua sepanjang sejarah pertubuhan badan polis Indonesia kerana dibentuk pertama pada tahun 1946 setelah kemerdekaan daripada Jepun. Kor Brimob juga selalunya berlatih dengan Tentara Nasional Indonesia dalam operasi-operasi keselamatan dalam negara. Anggota daripada kor Brimob memakai beret warna biru tua.
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Pasukan Brimob -
Pasukan anti-terror -
Pasukan Brimob semasa simulasi peperangan hutan -
Unit Pencarian dan penyelamatan (SAR) Brimob -
Pemusnah bom Brimob daripada unit Gegana -
kereta taktikal Brimob
Cawangan Kor Brimob
[sunting | sunting sumber]- Pusat Pendidikan Kor Brimob
- Unit I Pemusnah Bom (Gegana)
- Rejimen II Pelopor
- Rejimen III Pelopor