Pergi ke kandungan

Kontinjen Malaysia East 5

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kontinjen Malaysia East 5 atau Malcon East 5 (ME 5) telah dihantar menyertai misi PBB di Lubnan (UNIFIL). Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Azizan Ariffin menyatakan bahawa tentera Malaysia akan terus bersama misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke beberapa buah negara yang dilanda krisis.

Pada 22 Januari 2010, seramai 100 kumpulan pendahulu dihantar ke Lubnan. Mereka bergerak dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Mereka termasuk 24 pegawai dan empat anggota wanita. Left Kol Subari Tomo sebagai Komander Pasukan.

Kumpulan Induk seramai 200 anggota (11 pegawai dan 189 lain-lain pangkat) akan berangkat ke Lubnan pada 27 Januari 2010. Malcon East 5 ini akan menggantikan Malcon East 4 di Kaokaba, Lubnan. Misi Malcon East 4 akan tamat pada 29 Jan 2010 setelah berada di sana selama 9 bulan.[1]