Konsert Resonance for a Reason with Malaysian Philharmonic Orchestra
Resonance for a Reason with Malaysian Philharmonic Orchestra | |
---|---|
Persembahan setempat oleh M. Nasir, Sheila Majid, Misha Omar, Amir Jahari dan Aina Abdul | |
Lokasi | Kuala Lumpur, Malaysia |
Tempat | Dewan Filharmonik Petronas |
Tarikh | 9 November 2024 |
Jumlah persembahan | 1 |
Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) telah menjayakan sebuah konsert amal eksklusif dengan nama ‘Resonance for a Reason’ [1]. Konsert amal ini berlangsung buat julung kalinya pada Sabtu, 9 November 2024, jam 8.30 malam di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), Menara Berkembar PETRONAS, Kuala Lumpur [2].Ia bukan sekadar konsert biasa sebaliknya telah membawa penonton melalui sebuah perjalanan penuh harmoni, sambil menyemarakkan semangat filantropi dan menyokong pembangunan bakat muzik tempatan. MPO, sebagai simbol kecemerlangan muzik di Malaysia, bukan sahaja menawarkan persembahan muzik yang hebat, tetapi turut memainkan peranan penting dalam membina bakat masa depan untuk industri muzik negara [3].
Konsert ini diserikan dengan kehadiran bintang-bintang ternama negara iaitu M. Nasir, Sheila Majid, Misha Omar, Amir Jahari dan Aina Abdul sebagai penyanyi.
Bakat Muda MPO
[sunting | sunting sumber]Komitment MPO tidak hanya menonjolkan bakat hebat pemuzik-pemuziknya, malah turut berkomitmen untuk melatih dan membimbing bakat baharu dalam industri muzik tanah air. MPO berusaha untuk memupuk apresiasi muzik dalam kalangan generasi muda serta mempromosikan muzik klasik dan tempatan kepada semua peringkat masyarakat. Melalui Konsert Amal MPO, MPO berharap untuk meningkatkan kesedaran umum tentang program pembangunan bakat yang dilaksanakan, terutamanya dalam usaha menyokong bakat tempatan melalui pementoran dan bimbingan yang berterusan.
Program
[sunting | sunting sumber]- "Negaraku" (Gubahan Muzik oleh Datuk Johari Salleh)
- "Prelude D'Lagenda" (Gubahan Muzik oleh Jenny Chin)
- "Kenangan" - Amir Jahari (Gubahan Muzik oleh Ilham Subri)
- "Hasrat" - Amir Jahari (Gubahan Muzik oleh Azhad Sulaiman)
- "Cinta Adam dan Hawa" - Misha Omar (Gubahan Muzik oleh Luqman Aziz)
- "Sampai Bila" - Misha Omar (Gubahan Muzik oleh Luqman Aziz)
- "Bunga-bunga Cinta" - Amir Jahari (Gubahan Muzik oleh Ilham Subri)
- "Puas Sudah" - Aina Abdul (Gubahan Muzik oleh Azhad Sulaiman)
- "Kamu" - Aina Abdul (Gubahan Muzik oleh Mac Chew)
- Medley "Listen", "At Last", "You Make Me Feel Like A Natural Woman", "Hero", "When You Believe" dan "I Surrender" - Aina Abdul (Gubahan Muzik oleh Gerard Salonga)
- REHAT (20 MINIT)
- Medley "Ekspress Rakyat" - M. Nasir (Gubahan Muzik oleh Vivian Chua)
- "Suatu Masa" - M. Nasir (Gubahan Muzik oleh Mokhzani Ismail)
- "Bonda" - M. Nasir (Gubahan Muzik oleh Vivian Chua)
- Medley "Hukum Karma" dan "Pawana" - M. Nasir (Gubahan Muzik oleh Luqman Aziz)
- "Jentayu" - Sheila Majid dan Aina Abdul (Gubahan Muzik oleh Ahmad Muriz)
- "Gemilang" - Sheila Majid(Gubahan Muzik oleh Ahmad Muriz)
- Medley "Bila Larut Malam" dan "Jelingan Manja" - Sheila Majid(Gubahan Muzik oleh Jenny Chin)
- "Sinaran" - Sheila Majid(Gubahan Muzik oleh Jenny Chin)
- "Bukalah Hatimu" - M. Nasir, Sheila Majid, Misha Omar, Amir Jahari dan Aina Abdul (Gubahan Muzik oleh Ahmad Muriz)
Tenaga kerja
[sunting | sunting sumber]
Pengarah Muzik
Orkestra
Penggubahan Lagu
Sambutan[sunting | sunting sumber]DFP berjaya mendapatkan sumbangan melalui penjualan kesemua tiket berharga RM888, RM1188, RM1388, RM1588, RM1888 dan RM2588. Sumbangan ini akan disalurkan untuk pembangunan pemuzik muda di bawah Orkestra Filharmonik Belia Malaysia. Rujukan[sunting | sunting sumber]
Pautan luar[sunting | sunting sumber] |