Pergi ke kandungan

Konklaf kepausan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Konklaf 1492 merupakan konklaf pertama yang diadakan di Gereja Kecil Sistine dan berkekalan sejak 1878

Konklaf (istilah Latin: conclave[1]) ialah mesyuarat diadakan badan jemaah para Kardinal untuk memilih uskup yang mentadbir seluruh kota Rom yang juga dikenali sebagai Paus. Para penganut aliran Gereja Katolik menganggap kedudukan Paus mengambil alih peranan dibawa hawari Petrus malah juga selaku ketua duniawi gereja.[2]

Kebimbangan mengenai campur tangan politik membawa kepada pembaharuan selepas perahlian tahun 1268-1271 dan warta Ubi periculum dikeluarkan Paus Gregorius X semasa Majlis Kedua Lyons pada 1274 bahawa para kardinal yang hendak mengundi harus dikunci dalam suatu tempat pengasingan (istilah Latin: cum clave "berkunci"[1]) dan tidak dibenarkan keluar sehingga Uskup baru Rom telah dipilih.[3] Konklaf kini diadakan di Gereja Kecil Sistine di Istana Apostolik.[4]

Sejak Zaman Apostolik, Uskup Rom, seperti uskup lain, telah dipilih sebulat suara para paderi dan rakyat jelata keuskupan.[5] Badan pemilih adalah lebih tepat ditentukan, pada tahun 1059, Kolej Kardinal telah ditetapkan sebagai satu-satunya badan pemilih.[6] Sejak itu, butiran lain proses telah dibangunkan. Pada tahun 1970, Paus Paulus VI mengehadkan pemilih untuk kardinal di bawah 80 tahun dalam dokumen Ingravescentem aetatem. Prosedur terkini telah ditubuhkan oleh Paus Ioannes Paulus II dalam perlembagaan apostoliknya Universi Dominici gregis[4] sebagaimana yang dipinda oleh Paus Benedictus XVI pada 2007 dan 2013.[7] Undian majoriti layak sebanyak dua pertiga diperlukan untuk memilih paus baru.[8][9]

  1. ^ a b Bello, Anthony Lo (2020). The Origins of Catholic Words: A Discursive Dictionary. CUA Press. m/s. 120–1. ISBN 978-0-8132-3230-0.
  2. ^  Fanning, William H. W. (1913). "Vicar of Christ". Catholic Encyclopedia. New York: Robert Appleton Company.
  3. ^  Goyau, Georges (1913). "Second Council of Lyons (1274)". Catholic Encyclopedia. New York: Robert Appleton Company.
  4. ^ a b John Paul II (22 February 1996). Universi Dominici gregis Diarkibkan 6 Mei 2007 di Wayback Machine. Apostolic constitution. Vatican City: Vatican Publishing House.
  5. ^ Baumgartner 2003, p. 4.
  6. ^  Weber, N. A. (1913). "Pope Nicholas II". Catholic Encyclopedia. New York: Robert Appleton Company.
  7. ^ "Pope Issues Conclave Motu Proprio" Diarkibkan 13 Disember 2017 di Wayback Machine National Catholic Register. 25 February 2013.
  8. ^ Benedict XVI (11 June 2007). De aliquibus mutationibus in normis de electione Romani Pontificis Diarkibkan 22 Disember 2017 di Wayback Machine (in Latin). Motu proprio. Vatican City: Vatican Publishing House.
  9. ^ "Pope alters voting for successor" Diarkibkan 14 September 2007 di Wayback Machine. BBC News. 26 June 2007.