Komik-M
Penampilan
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/6/65/Kulit_Majalah_Komik_M.jpg)
Komik-M ialah sebuah imprin komik di bawah syarikat PTS Media Group. Ia ditubuhkan awal tahun 2008, di bawah anak syarikat PTS Millenia Sdn Bhd. Pada tahun 2009, Komik-M diletakkan di bawah PTS Pop Sdn Bhd, sebuah anak syarikat PTS yang ditubuhkan untuk pasaran pembaca dewasa dan remaja[1].
Komik-M menekankan unsur patuh syariah, menggunakan Bahasa Melayu Tinggi dan memperkenalkan budaya Malaysia sebagai konsep asasnya[2]. Ia mempunyai perlbagai genre seperti fantasi, sukan, pembelajaran dan agama. Komik-M menerbitkan dua jenis konsep iaitu komik antologi dan komik bersiri.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Komik M di laman rasmi PTS Media Group
- Laman Komik-M (diarkibkan)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ainon Mohd (18 Disember 2009). "PTS Pop Sdn Bhd". Blog Penerbit Buku PTS. Dicapai pada 18 Julai 2021.
- ^ Ainon Mohd (16 Januari 2009). "Ciri-ciri Komik-M PTS". Blog Penerbit Buku PTS. Dicapai pada 18 Julai 2021.