Kombatan
Kombatan atau anggota tempur (kata nama sinonim bagi askar, perajurit, peranita, pejuang, pahlawan, anggota tentera) ialah orang yang mengambil bahagian secara langsung dalam persengketaan sesuatu konflik bersenjata. Jika kombatan mengikut undang-undang perang, maka dia dianggap kombatan istimewa dan apabila ditangkap, dia layak menjadi tawanan perang dibawah Konvensyen Geneva Ketiga (GCIII). Kombatan tidak istimewa ialah orang, seperti tentera upahan, yang mengambil bahagian secara langsung dalam persengketaan tetapi apabila ditangkap tidak layak mendapat status tawanan perang.[1]
Bukan kombatan
[sunting | sunting sumber]Bukan kombatan adalah istilah khusus dalam undang-undang perang dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, memperihalkan orang awam yang tidak mengambil bahagian secara langsung dalam persengketaan;[2] orang-orang—seperti pegawai perubatan tentera dan pegawai agama tentera—yang merupakan anggota angkatan tentera yang berperang tetapi dilindungi kerana tugas-tugas khusus mereka (seperti diterangkan dalam Protokol I Konvensyen Geneva, yang diterima pakai pada Jun 1977); kombatan yang diletakkan dalam hors de combat; dan negara berkecuali (termasuk anggota tentera) yang tidak berjuang untuk salah satu pihak yang berperang dalam konflik bersenjata. Status tertentu ini pertama kali diiktiraf dibawah Konvensyen Geneva dengan Konvensyen Geneva Pertama tahun 1864.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Under Article 47 of Protocol I (Additional to the Geneva Conventions) it is stated in the first sentence "A mercenary shall not have the right to be a combatant or a prisoner of war." On 4 December 1989 the United Nations passed resolution 44/34 the International Convention against the Recruitment, Use, Financing and Training of Mercenaries. It entered into force on 20 October 2001 and is usually known as the UN Mercenary Convention– International Convention against the Recruitment, Use, Financing and Training of Mercenaries A/RES/44/34 72nd plenary meeting 4 December 1989 (UN Mercenary Convention). Article 2 makes it an offence to employ a mercenary and Article 3.1 states that "A mercenary, as defined in article 1 of the present Convention, who participates directly in hostilities or in a concerted act of violence, as the case may be, commits an offence for the purposes of the Convention." – International Convention against the Recruitment, Use, Financing and Training of Mercenaries
- ^ Article 51.3 of Protocol I to the Geneva Conventions explains that "Civilians shall enjoy the protection afforded by this section, unless and for such time as they take a direct part in hostilities".