Kolik kuda
Kolik dalam kuda ditakrifkan sebagai kesakitan abdomen sebagai tanda klinikal daripada diagnosis. Istilah "kolik" boleh mencakupi segala jenis keadaan gastrousus yang boleh menyebabkan kesaikitan serta lain-lain kesakitan dada yang tidak melibatkan saluran gastrousus. Jenis-jenis kolik yang paling umum adalah bersifat gastrousus dan sering berkaitan dengan gangguan kolon. Kolik ada pelbagai puncanya, malah ada yang boleh mendatangkan maut jika tidak dibedah. Pembedahan kolik merupakan langkah yang agak mahal kerana merupakan pembedahan abdomen besar-besaran yang sering didatangkan dengan penjagaan susulan yang rapi. Kolik adalah punca utama kematian pramatang pada kuda jinak. Adalah penting bahawa sesiapa yang memiliki atau mengerjakan kuda dapat mengenal pasti tanda-tanda kolik dan menentukan sama ada harusnya memanggil doktor haiwan.
Jenis
[sunting | sunting sumber]- Keimpakan fleksur pelvis: disebabkan oleh impaksi bahan makanan di dalam bahagian usus besar bernama fleksur pelvis di kolon kiri, di mana usus berpulas 180 darjah lalu menyempit.
- Kolik spasma: disebabkan oleh kecutan peristalsis dalam saluran gastrousus kuda.
- Keimpakan ileum: disebabkan oleh makanan yang menyumbat ileum, iaitu bahagian terakhir usus kecil yang berhujungkan sekum.
- Keimpakan pasir: disebabkan oleh gangguan pasir yang termakan oleh kuda dalam lapisan usus di fleksur pelvis, kolon dorsal kanan dan sekum usus besar.
- Enterolit: bebola endapan mineral yang terbentuk dengan bendasing seperti pasir atau batu kelikir, dan menyumbat usus. Perlu dibedah.
- Cacing bulat: parasit yang boleh menyumbat atau mengakis usus.
- Sesaran dorsal kiri: disebabkan oleh kolon dorsal kiri yang tersumbat di atas limpa dan melanggar ligamen nefrolimpa. Perlu dibedah.
- Sesaran dorsal kanan: sesaran usus besar. Perlu dibedah.
- Kilasan: disebabkan oleh pulasan di mana-mana bahagian salur gastrousus
- Pengulseran gastrik: disebabkan oleh penjagaan dan gaya hidup kuda yang kurang sihat, seperti pengurungan berlarutan, tidak kerap makan, terlalu banyak makan makanan pekat (seperti bijian), dan tekanan daripada kerja dan pengangkutan.