Kolam Air Panas Poring
Penampilan
(Dilencongkan daripada Kolam air panas Poring)
Poring merupakan nama Kadazan-Dusun untuk sejenis spesies buluh yang tumbuh di kawasan itu. Terletak kira-kira 40 km di timur laut pusat Taman Kinabalu, Poring terkenal kerana kolam air panas dan jambatan gantungnya yang unik.
Tarikan
[sunting | sunting sumber]Kolam air panas Poring dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan.
Para pelancong juga berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 m dan setinggi 41 meter di atas pokok.
Terdapat juga Taman Kupu-kupu dan Pusat Pemuliharaan Orkid di sini.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris) Sabah Parks