Pergi ke kandungan

Koji Uehara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Koji Uehara
上原 浩治
Uehara bersama Yomiuri Giants pada 2018
Pelempar
Dilahirkan: (1975-04-03) 3 April 1975 (umur 49)
Neyagawa, Osaka, Jepun
Pukulan: Kanan Balingan: Kanan
Debut profesional
NPB: 29 Mac, 1999, untuk Yomiuri Giants
MLB: 8 April, 2009, untuk Baltimore Orioles
Penampilan terakhir
MLB: 2 September, 2017, untuk Chicago Cubs
NPB: 2019, untuk Yomiuri Giants
Statistik NPB
Rekod menang-kalah112–67
Purata peroleh larian3.03
Strikeout1,410
Statistik MLB
Rekod menang-kalah22–26
Purata peroleh larian2.66
Strikeout572
Save95
Pasukan
Kerjaya cemerlang dan anugerah
NPB

MLB

Koji Uehara (上原 浩治, Uehara Kōji, [ɯehara koːdʑi]; lahir 3 April 1975) merupakan bekas pemain besbol Jepun yang beraksi sebagai pelempar. Beliau pernah bermain untuk Yomiuri Giants di Nippon Professional Baseball (NPB) serta pasukan Baltimore Orioles, Texas Rangers, Boston Red Sox dan Chicago Cubs di Major League Baseball (MLB).

Seorang pelempar bertangan kanan, Uehara memiliki karier MLB dengan mencatatkan kadar strikeout 10.7 K/9 inning dan kadar walk 1.5 BB/9 inning menerusi musim 2017. Pada musim yang sama, karier beliau mencatatkan 7.33 K/BB sekali gus menjadi kadaran terbaik dalam sejarah MLB untuk mana-mana pemain yang telah melempar sekurang-kurangnya 100 inning.[1] Uehara merangkul anugerah MVP ALCS 2013 sebelum menutup tirai dengan membantu pasukannya menjuarai World Series 2013 menentang St. Louis Cardinals. Hasil pencapaian itu, beliau menjadi salah seorang daripada 16 pemain dalam sejarah yang telah menjuarai World Series dan World Baseball Classic.

  1. ^ "Major League leaderboards for [..] pitchers with custom statistics". Fangraphs.com. Diarkibkan daripada yang asal pada October 22, 2013. Dicapai pada August 13, 2013.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Baseballstats