Koi to Uso (manga)
Love and Lies | |
Fail:Koitousovol1.jpg | |
恋と嘘 (Koi to Uso) | |
---|---|
Genre | Romance[1] |
Manga | |
Pengarang | Musawo |
Penerbit | Kodansha |
Penerbit Lain | |
Demografik | Shōnen |
Pencetakan | Shōnen Magazine Comics |
Majalah Asal | Manga Box |
Tarikh Pengeluaran | August 2014 – January 2022 |
Jilid | 12 (2 versions of Vol 12) |
Siri televisyen anime | |
Pengarah | Seiki Takuno |
Skrip/Penulis | Natsuko Takahashi |
Lagu/Muzik | Masaru Yokoyama Nobuaki Nobusawa |
Studio | Liden Films |
Dilesenkan oleh | |
Penyiaran Asal | Tokyo MX, Sun TV, KBS, BS11, tvk, AT-X |
Penyiaran bahasa Inggeris | |
Tarikh tayangan | July 4, 2017 – September 19, 2017 |
Episod | 12 + OVA |
Live-action film | |
|
Koi to Uso (Jepun: 恋と嘘 ) ialah manga Jepun yang ditulis oleh Musawo (dikenali sebagai Musawo Tsumugi (紬木 ムサヲ , Tsumugi Musawo)).[3] Manga ini berkisah mengenai seorang bujang yang menyampaikan perasaannya kepada seorang gadis yang telah lama ia sukai. Tetapi ia telah dipaksa untuk berpasangan dengan gadis yang dipilih oleh kerajaan. Manga ini diterbitkan oleh Kodansha dan mendapat siri DeNA Manga Box yang diterjemahkan ke banyak bahasa dari Ogos 2014 hingga Januari 2022. Sebuah siri anime ditayangkan oleh Liden Films yang ditayangkan dari Julai hingga September 2017. Filem manga ini tayang pada Oktober 2017.
Plot
[sunting | sunting sumber]Alkisah kadar kelahiran di Jepun semakin menurun dan membimbangkan kerajaan. Maka Perdana Menteri membuat keazaman baharu agar remaja yang memasuki umur 16 tahun akan dipasangkan merujuk kepada sebuah standar perhitungan. Kerajaan Jepun akan menghukum siapa sahaja yang tidak mahu berkahwin dengan pasangan yang telah dipilihkan. Suatu hari Yukari Nejima mengatakan isi hatinya kepada teman sedarjahnya Misaki Takasaki. Tetapi semasa Yukari berumur 16 tahun, dia dipasangkan oleh seorang gadis bernama Ririna Sanada. Ririna pada awalnya acuh ketika mengetahui dirinya berpasangan dengan Yukari dan membiarkan Misaki mendekat. Kisah antara remaja-remaja yang sedang mencaei cinta dengan pengawasan ketat kerajaan telah berlaku.
Watak
[sunting | sunting sumber]- Yukari Nejima (根島 由佳吏 , Nejima Yukari)
- Disuarakan oleh: Ryōta Ōsaka
- Protagonis utama daripada siri, Yukari diam-diam mencintai teman sedarjahnya sendiri Misaki Takasaki sejak duduk di bangku darjah 5 SD. Sebelum ulang tahunnya yang ke-16, dia mengatakan isi perasaannya pada sang pujaan hati.Ch. 1-2 Keadaan dan realiti menjadi berbeza selepasnya. Yukari mempunya hobi pelik yakni mempelajari Kofun (jirat kuno Jepun).Ch. 2
- Misaki Takasaki (高崎 美咲 , Takasaki Misaki)
- Disuarakan oleh: Kana Hanazawa
- Pujaan hati Yukari sejak lama, dia mempunyai rambut pendek dan tubuh yang tinggi.Ch. 1-2 Perasaan asmara dalam diri Misaki mulai tumbuh semasa Yukari memotong pemadam pensil menjadi dua dan memberikannya potongan itu. Hati Misaki luluh kerana kebaikan semasa mereka masih darjah lima.Ch. 11 Dia berfikir bahawa Ririna ialah peribadi yang terlalu naif semasa gadis itu menyemangati mereka berdua untuk meneruskan hubungan teman asmara.
- Ririna Sanada (真田 莉々奈 , Sanada Ririna, nama di luar Jepun "Lilina Sanada")
- Disuarakan oleh: Yui Makino
- Saingan berat Misaki, Ririna ialah pasangan Yukari yang dipilih oleh pihak kerajaan. Ririna memiliki rambut yang diwarnai pink, mata besar seperti boneka, hidung mancung dan memiliki darah Portugal. Ririna pada awalnya ialah gadis manja yang kurang mengerti banyak hal bahkan mendukung Yukari tetap dekat dengan Misaki. Ririna ingin tahu apa erti daripada "cinta".Ch. 6-7 Ch. 28 Semasa kecil, Ririna ialah gadis yang sering jatuh sakit dan jarang bersekolah sehingga tidak banyak memiliki teman. Teman-teman sedarjahnya banyak yang merasa iri dengan kecantikan dan kepintarannya.Ch. 8-9
- Yūsuke Nisaka (仁坂 悠介 , Nisaka Yūsuke)
- Disuarakan oleh: Shinnosuke Tachibana[4]
- Teman Yukari yang memiliki kondisi kurang upaya mental.Ch. 15 Dia paling lama hanya memiliki makwe selama enam bulan kerana penyakitnya.Ch. 28
- Hajime Yajima (矢嶋 基 , Yajima Hajime)
- Disuarakan oleh: Kishō Taniyama[5]
- Seorang kakitangan Kementerian Kebajikan, Kesehatan dan Buruh yang mengawasi kes perkahwinan antara Yukari dan Ririna selepas mereka berdua telah siap nanti. Dia adalah lelaki dengan rambut yang diwarnai perak dan diam-diam suka kepada Ichijo. Dia masih membujang.
- Kagetsu Ichijō (一条 花月 , Ichijō Kagetsu)
- Disuarakan oleh: Tomoyo Kurosawa[5]
- Seorang kakitangan Kementerian Kebajikan, Kesehatan dan Buruh yang mengawasi kes perkahwinan antara Yukari dan Ririna selepas mereka berdua telah siap nanti. Dia adalah perempuan dengan rambut yang diwarnai merah dan diam-diam suka kepada Yajima meski telah memiliki anak dengan sang suami.
- Shū Igarashi (五十嵐 柊 , Igarashi Shū)
- Disuarakan oleh: Eri Kitamura[6]
- Teman baik Misaki yang tampaknya mengetahui rahsia perubahan sifat personaliti gadis itu.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "The Summer 2017 Anime Preview Guide - LOVE and LIES". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada Julai 16, 2019.
- ^ "Animax Asia to Air Simulcast of Love and Lies Anime". Anime News Network. Jun 29, 2017. Dicapai pada Julai 5, 2017.
- ^ "「コミックス出ます」/「ムサヲ」[pixiv]". Pixiv (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada Februari 27, 2017.
- ^ "Love and Lies Anime Casts Shinnosuke Tachibana, Reveals Opening Song Artist". Anime News Network. Jun 5, 2017. Dicapai pada Jun 5, 2017.
- ^ a b "Love & Lies Anime's Trailer Unveils Opening Song, More of Cast". Anime News Network. Jun 13, 2017. Dicapai pada Jun 13, 2017.
- ^ "Love and Lies Anime Casts Eri Kitamura as Shū Igarashi". Anime News Network. Julai 25, 2017. Dicapai pada Julai 25, 2017.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Anime official website (dalam bahasa Jepun)
- Love and Lies (manga) di Ensiklopedia Anime News Network