Kohilan Pillay
Datuk Kohilan Pillay PMW (Wilayah Persekutuan) | |
---|---|
Timbalan Menteri Luar Negeri Malaysia | |
Dalam jawatan 2009–2013 | |
Perdana Menteri | Najib Razak |
Menteri | Anifah Aman |
Digantikan oleh | Hamzah Zainudin |
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia | |
Dalam jawatan 2008–2009 | |
Perdana Menteri | Abdullah Ahmad Badawi |
Menteri | Peter Chin Fah Kui |
Didahului oleh | Anifah Aman |
Digantikan oleh | Hamzah Zainudin |
Ahli Dewan Negara Lantikan Yang di-Pertuan Agong | |
Dalam jawatan 14 Februari 2011 – 13 Februari 2014 | |
Dalam jawatan 12 Februari 2008 – 11 Februari 2011 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1967 (57 tahun) |
Parti politik | (2019-kini)[1] (-2019) |
Bidang pengkhususan | Guru |
Datuk A. Kohilan Pillay a/l G. Appu ialah ahli politik Malaysia berketurunan India. Beliau merupakan mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri (2009-2013), mantan Timbalan Menteri Perusahaan dan Perladangan (2008-2009) dan mantan Ahli Dewan Negara (Senator) selama dua penggal (2008-2011 dan 2011-2014).
Dalam barisan Kabinet Malaysia 2008 beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan kini sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri 1. Beliau merupakan seorang Senator yang dilantik pada Januari 2008 dan disambung lagi dari 12 Februari 2011 - 11 Februari 2014[2]
Beliau sangat aktif di dalam politik sejak 16 tahun iaitu semenjak beliau tamat pengajian tinggi. Beliau memulakan karier politik beliau dengan menjadi ahli biasa Parti Gerakan dan selepas itu memegang jawatan Setiausaha Cawangan. Pada tahun 1995, permohonan beliau bagi membuka cawangan sendiri diluluskan oleh Jawatankuasa Pusat Parti. Beliau menjadi Pengerusi Cawangan Batu Caves dan pada tahun 1998, beliau bertanding dan berjaya menjadi Pengerusi Bahagian Gombak. Dibawah kepeimpinan beliau, Parti Gerakan Gombak berkembang dengan pesat dan sangat aktif di semua peringkat. Melihat keaktifan dan kepimpinan beliau oleh Parti Gerakan Pusat, beliau dilantik menjadi Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Selayang pada tahun 1999.
Pada waktu yang sama, beliau dipilih ke pelbagai jawatan di dalam parti, diantaranya, Ahli Jawatankuasa Pemuda Nasional, Speaker Pemuda Nasional, Naib Ketua Pemuda Nasional dan kini sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat. Sumbangan beliau ke parti selama ini diambilkira secara serius dan parti telah melantik beliau sebagai Senator pada tahun 12 Februari 2008.