Pergi ke kandungan

Kodama Haruka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kodama Haruka
Latar belakang
Nama lahirKodama Haruka
Juga dikenali sebagai
Haruppi, Harupyo
Berasal dariJepun Fukuoka, Jepun
GenreJ-pop
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2011–kini
Syarikat rakaman
AKS
Universal Japan Records
Pengkarya berkait
HKT48


Kodama Haruka adalah seorang penyanyi idola Jepun. Dia adalah anggota Team H HKT48 dan Team K AKB48.[1]

  • Nama: Kodama Haruka (Kanji: 兒玉遥, Kana: こだま はるか)
  • Nama Panggilan: Haruppi (はるっぴ), Harupyo (はるぴょ)
  • Tarikh Lahir: 19 September 1996
  • Tempat Lahir: Fukuoka, Jepun
  • Jenis Darah: O
  • Tinggi: 156.5 cm
  • Generasi: Pertama
  • Hobi: Tidur, makan, jalan-jalan/merayau
  • Kemahiran Istimewa: Meniru cara arnab
  • Titik Persona: Paras bahu dan dahi
  • Cita-cita masa hadapan: Untuk menjadi seorang pelakon.
  • Blog: KOKLoo.com

Kodama mengikuti ujibakat HKT48 atas nasihat ayahnya, dan diterima sebagai anggota HKT48 melalui Ujibakat Generasi 1 HKT48 pada 10 Julai 2011.

Bersama rakan dalam anggota tersebut, beliau diperkenalkan di hadapan 15 ribu peminat AKB48 di Seibu Dome, 23 Oktober 2011 pada acara bersalaman single "Flying Get" sekaligus pelancaran "AKB48 Nemousu Terebi musim ke-8. Beliau termasuk ke dalam 21 anggota generasi pertama HKT48 yang menyanyikan lagu AKB48, "Skirt, Hirari" pada hari itu.

Kodama naik di atas pentas pada persembahan hari pertama HKT48, "Te o Tsunaginagara" di Teater HKT48, Fukuoka pada 26 November 2011. Persiapan dan latihan untuk persembahan ini bermula pada Ogos 2011, dan berlangsung selama empat bulan. Kodama menduduki kedudukan posisi tengah dalam kupulan HKT48. Beliau juga mengaku bercita-cita ingin pandai menari seperti Matsui Jurina.

Single ke-25 dari AKB48, "GIVE ME FIVE!" yang dikeluarkan 15 Februari 2012 merupakan penampilan pertama baginya mewakili HKT48, menyanyikan lagu Bahagian B iaitu "NEW SHIP" bersama unit Special Girls A. Kodama menduduki posisi tengah ketika HKT48 tampil dalam persembahan istimewa di Teater AKB48, Tokyo, membawakan lagu "Heavy Rotation".

Kodama dinaikan pangkat dan menjadi anggota Team H HKT48 yang rasmi pada 4 Mac 2012. Beliau juga menjadi penyanyi tengah anggota Team H. Pada hari itu juga HKT48 memulakan persembahan pertama Team H, "Te o Tsunaginagara".

Penampilan pertama sebagai anggota senbatsu AKB48 apabila beliau menyertai single AKB48 yang ke-26 "Manatsu no Sounds Good!". Kodama mewakili HKT48 dalam single yang dianggotai oleh 36 anggota dari AKB48, SKE48, NMB48, dan HKT48. Single tersebut merupakan single AKB48 yang mempunyai anggota senbatsu terbanyak, melebihi "Everyday, Katyusha" (26 ahli). Beliau juga ikut serta ketika AKB48 pertama kali mempertunjukkan lagu "Manatsu no Sounds Good!" di Saitama Super Arena, 24 Mac 2012.

Tempat beliau sebagai penyanyi tengah dalam kumpulan telah ditukarkan kepada Tashima Meru. Pada 28 April 2013, beliau dilantik sebagai anggota Team A AKB48 dan Team H HKT48 selepas konsert di Nippon Budokan.

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
Bahagian A
Bahagaian B
  • Onegai Valentine (Suki! Suki! Skip!)
  • Ima ga Ichiban (Suki! Suki! Skip!)
  • Seifuku no Bambi (Suki! Suki! Skip!)
  • Doro no Metronome (Melon Juice)
Bahagian A
Bahagian B

Stage Unit

[sunting | sunting sumber]
  • Team Kenkyuusei 1st stage - "Te wo Tsunaginagara"
    • Glory days
  • Team H 1st stage - "Te wo Tsunaginagara"
    • Glory days
  • Team H 2nd stage - "Hakata Legend"
    • Glass no I LOVE YOU
    • Seifuku no Bambi

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Haruka Kodama Graduate" (dalam bahasa Indonesian). Shukan Bunshun. 2019-02-11. Dicapai pada 2019-02-12.CS1 maint: unrecognized language (link)