Pergi ke kandungan

Kitaran suria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rajah kitaran suria dengan perkiraan tompok Matahari

Kitaran suria adalah kitaran sebelas tahun sekali bagi jumlah tompok Matahari bervariasi. Pada tempoh teraktif, atau maksimum suria, jumlah tompok Matahari bertambah hingga kemuncaknya, sementara pada tempoh dengan aktiviti terendah, atau minimum suria, jumlah tompok Matahari berkurang hingga tahap terendahnya atau tiada. Tempoh maksimum suria terakhir ialah pada tahun 2001.

Kitaran suria tidak selalu tepat sebelas tahun sekali kerana ia boleh berubah kepada paling cepat dalam 9 tahun, dan paling lambat dalam 14 tahun. Kitaran ini pertama kali ditemukan oleh Heinrich Schwabe pada tahun 1843.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]