Pergi ke kandungan

Kitab kanun kedua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kitab kanun kedua atau kitab deutrokanonikal merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan beberapa petikan dan kitab Wasiat Lama yang bukan sebahagian daripada Kitab Bible Ibrani. Ia digunakan sejak abad ke-16 dalam Gereja Katolik dan Kristian Timur. Kitab ini berbeza dengan kitab kanun asal dimana ia terkandung dalam Bible Ibrani. Perbezaan ini telah menjadi perbahasan dalam Gereja awal sama ada dua kitab tersebut perlu dikelaskan sebagai teks kanun.

Kitab kanun kedua ini dianggap sebagai "kanun" oleh golongan Katolik, Ortodoks Timur, Ortodoks Oriental dan Gereja Timur tetapi ia tidak dianggap sebagai "kanun" oleh golongan Protestan. Perkataan deutrokanonikal berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud 'kepunyaan kanun kedua'.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Harrington, Daniel J. Invitation to the Apocrypha. Grand Rapids, Mich.: W.B. Eerdmans Publishing Co., 1999. ISBN 978-0-8028-4633-4
  • Roach, Corwin C. The Apocrypha: the Hidden Books of the Bible. Cincinnati, Oh.: Forward Forward Movement Publications, 1966. N.B.: Concerns the Deuterocanonical writings (Apocrypha), according to Anglican usage.