Kisah anak-anak Adam (filem 1988)
Kisah anak-anak Adam adalah cerita filem Indonesia mengenai Nabi Adam A.S., isterinya dan anak-anak pertama mereka. Seperti dituliskan dalam Al-Qur'an, ia menceritakan tentang penciptaan langit dan bumi oleh Allah S.W.T. dan syaitan yang membantah perintah Allah untuk menerima ciptaan Nabi Adam dan disingkirkan dari Syurga dan Syaitan berjanji untuk membinasakan golongan manusia). Bezanya dengan Kitab Bible, Nabi Adam dan Siti Hawa tidak disumpah oleh Tuhan. Tambahannya lagi, mereka dan keturunan mereka tidak menanggung dosa (iaitu golongan manusia) kerana perbuatan memakan buah kalbu (buah ilmu) larangan Tuhan di Syurga kerana bisikan Syaitan yang berhati busuk. Dalam Islam, Adam dan Hawa dimaafkan oleh Allah sebelum mereka berpisah apabila seorang malaikat membawa mereka ke muka bumi.
Adam dan Hawa tiba di berlainan tempat di Bumi dan akhirnya mereka bertemu. Mereka melahirkan empat orang anak: kembar perempuan (Labuda dan Ikrima) dan kembar lelaki (Habil dan Qabil). Qabil sangat dengki terhadap Habil apabila korban kambing biri-birinya diterima, dan pada sebaliknya, kambing biri-biri Qabil tidak diterima. Tambahan lagi, Habil juga akan mengahwini kembar perempuan Qabil, Ikrima, yang cantik. Qabil juga turut menyintai Ikrima. Syaitan membisik kepada Qabil bagaimana caranya untuk membunuh Habil. Qabil mengangkat batu berat dan menyampaknya ke arah kepala Habil. Habil akhirnya meninggal dunia dengan akibat itu, dan wujudlah seorang pembunuh manusia pertama dalam sejarah.
Qabil menyesal terhadap perbuatannya yang kejam. Beliau sedang berfikir apa yang hendak dibuat seterusnya dengan mayat adik lelakinya yang telah dibunuh. Beliau melihat dua ekor burung gagak hitam yang bertarung dan satu darinya mati ditewas. Burung hitam yang hidup itu menggali tanah dan menanam burung yang sudah mati itu. Qabil mengikut cara tersebut lalu menggali tanah dengan kedalaman yang cukup untuk mayat Habil ditanam. Maka, inilah asasnya cara menanam mayat oleh masyarakat Islam dan kebanyakan budaya manusia kini yang diamalkan untuk beberapa alaf.
Pelakon Utama
[sunting | sunting sumber]- Dewinta Bauty ...Ikrima
- Dewanti Bauty ...Labuda
- Alvian ...Qabil
- Syamsuri Kaempuan ...Syaitan
- Alwy As
- Nina Anwar
???: P.T. Tobali Indah Film
Skenario / Sutradara: Ali Shahab
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.