Pergi ke kandungan

KiriKiri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

KiriKiri (吉里吉里) merupakan scripting enjin permainan video oleh seorang pereka Jepun iaitu "W.Dee". Enjin ini khas digunakan bersama-sama rangka kerja KAG (singakatan untuk KiriKiri Adventure Game System) untuk menghasilkan novel visual. Selalunya, bungkusan kedua-dua komponen tersebut dianggap sebagai seluruh enjin itu, dan dirujuk dengan versi nombor yang besar. Maka, versi sekarang digelar KiriKiri2/KAG3. Ia boleh didapati di bawah Lesen Awam Umum GNU, meskipun lesen-lesen komersial boleh diambil jika sesorang ingin mengembangkan software ini tanpa mendedahkan perubahan-perubahan.

KiriKiri telah digunakan dalam kedua-dua dōjin dan novel visual komersial, antara yang paling popular termasuklah judul-judul ciptaan TYPE-MOON iaitu Fate/stay night and Fate/hollow ataraxia. Enjin ini juga sering digunakan sebagai pengganti enjin NScripter yang lebih lama.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]