Kindle Entertainment
![]() | |
Jenis/bentuk sah | Syarikat penerbitan filem ![]() |
---|---|
Industri | Televisyen kanak-kanak |
Pendahulu | ITV Kids (ITV Productions) |
Ditubuhkan | 2007 ![]() |
Ibu pejabat | London, England |
Tokoh penting | Anne Brogan, Melanie Stokes |
Tapak web | ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Kindle Entertainment merupakan syarikat televisyen kanak-kanak bebas yang berpusat di London, England. Kindle telah diasaskan selepas ITV Kids (seksyen daripada ITV Productions) telah ditutup, dan personaliti sekrang termasuk Anne Brogan, bekas pengatur ITV Kids. Terbitan pertama Kindle' sepasang dokumentari sebalik tabir tentang Harry Potter and the Half-Blood Prince, yang disiarkan sebelum dilepaskan ke panggung. Kindle seterusnya terlibat dalam sebuah rancangan perbincangan komedi kanak-kanak My Spy Family, yang dsiarkan dalam Boomerang. Kindle buat masa ini menerbitkan rancangan boneka pra sekolah yang berjudul Big & Small, disiarkan lebih daripada 40 saluran seluruh dunia. Big & Small Online,sebuah laman web tentang racangan tersebut, memenangi Children's BAFTA pada tahun 2009 sebagai rancangan interaktif terbaik, dan, pada tahun yang sama, Kindle sendiri telah disenaraipendekan syarikat penerbitan bebas yang terbaik.Filem pertama terbitan Kindle, Dustbin Baby, pertama kalinya disiarkan pada Disember 2008 menerima pujian ramai, dan telah, semenjak itu, memenangi kedua-dua International Emmy dan juga Children's BAFTA. Pada lewat 2009, Kindle melancarkan rancangan terbaru di sluran CBBC. Jinx mengikuti kisah Lulu Baker, seorang remaja perempuan yang bekebolehan melakukan sihir di dalam buku masakan ajaibnya.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- "Meet the Kindle team..." Kindle Entertainment. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-29. Dicapai pada 4 March 2010.
Pauran Luar
[sunting | sunting sumber]- Laman rasmi Diarkibkan 2011-02-02 di Wayback Machine
- Kindle Entertainment di laman IMDB
- Big & Small Online
- Laman web rasmi Jinx Diarkibkan 2012-04-17 di Wayback Machine
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.