Kid Cop
Kid Cop | |
---|---|
Pengarah | Lee Joon-ik |
Dibintangi | Kim Min-jung Jung Tae-woo |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 75 minit |
Negara | Korea Selatan |
Bahasa | Korea |
Kid Cop (Hangul: 키드 캅 ) merupakan sebuah filem kanak-kanak dari Korea Selatan tahun 1993. Ia merupakan filem pertama arahan Lee Joon-ik, dan dibintangi oleh Kim Min-jung bersama-sama dengan Jung Tae-woo. Kid Cop juga seringkali dirujuk sebagai "Home Alone Korea".[1]
Plot
[sunting | sunting sumber]Junho merancangan untuk memberi hadiah kepada kawan perempuan kegemarannya, Eunsu. Walau bagaimanapun, perancangan Junho gagal kerana Hyungtae terlebih dahulu bertindak sebelumnya. Junho telah bertindak ke pusat membeli belah dimana penyanyi kegemaran Eunsu mengadakan pertemuan bersama peminat. Mereka telah bertembung dan menyebabkan kekacauan di pusat membeli belah tersebut. Dalam masa yang sama, perompak merancang untuk merompak pusat membeli belah tersebut dan kanak-kanak tersebut cuba mengalahkan perompak-perompak tersebut.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Jung Tae-woo sebagai Junho
- Kim Min-jung sebagai Eunsu
- Dokgo Young-jae sebagai ketua perompak
- Jang Se-jin sebagai perompak