Khair Yasin
Khair Yasin | |
---|---|
Nama lahir | Mohd Khair bin Mohd Yasin |
Juga dikenali sebagai | Khayas |
Kelahiran | 1967 (umur 56–57) Singapura |
Genre | |
Pekerjaan |
|
Instrumen | |
Tahun aktif | 1986–kini |
Syarikat rakaman | Pony Canyon |
Pengkarya berkait |
|
Mohd Khair Mohd Yasin (lahir 1967 di Singapura), juga lebih dikenali sebagai Khayas ialah seorang penyanyi, pemuzik, penulis lagu dan penyair Singapura, terkenal sebagai ahli pengasas kumpulan Rausyanfikir.[1][2]
Kerjaya muzik
[sunting | sunting sumber]Kerjaya awal
[sunting | sunting sumber]Sebagai penulis dan penggubah lagu, Khair pernah menyumbangkan lagu bertajuk "Doa" yang dipersembahkan oleh Ramli Sarip. Beliau turut menyumbangkan lagu bertajuk "Payung Cinta" nyanyian Ruhil Amani. Khair juga ialah seorang penyair yang mana sajaknya sering dimuatkan dalam ruangan Sanggar Sastera dalam akhbar Berita Minggu di bawah nama pena Khayas. Sebelum Rausyanfikir ditubuhkan, Khair pernah bergiat aktif bersama Kumpulan Pemuisi Remaja (Kupuja).[3]
Rausyanfikir
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1991, Khair telah bersama-sama rakannya Mohd Esham Jamil dan Fazil Sultan menubuhkan kumpulan Rausyanfikir, istilah Parsi untuk "pemikir". Album sulung mereka yang mengambil nama kumpulan ini sebagai tajuk album dikeluarkan pada tahun 1992 yang mana ia terjual lebih 25,000 unit di Malaysia dan Singapura.[4][5]
Album kedua mereka, Rusuhan Fikiran telah dikeluarkan pada tahun 1994 dengan tujuan untuk menyampaikan mesej sosial yang serius menggunakan lagu-lagu yang menarik. Album itu berjaya, dan salah satu single, "Dikir Fikir Fikir", memenangi anugerah Persatuan Komposer dan Pengarang Singapura (COMPASS) untuk lagu Melayu tempatan teratas pada tahun 1997.[6]
Pada tahun 1997, berikutan kematian Esham Jamil, Rausyanfikir menghentikan aktiviti muzik mereka. Hanya pada tahun 2011, beliau bersama Art bersatu semula dan melancarkan album Revolusi Rausyanfikir – kompilasi lagu hits Rausyanfikir sebelum ini, serta dua lagu baharu.[7]
Sirrfillsirr
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2005, Khair menubuhkan kumpulan Sirrfillsirr (bermaksud "rahsia di dalam rahsia") yang mengetengahkan muzik pop kerohanian. Kumpulan ini turut dianggotai oleh Isa Kamari dan Tarmizi Mokhtar. Album sulung mereka, Cinta Arafah dikeluarkan pada tahun yang sama.[8][9]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Khair masih belum puas". Berita Harian Singapura. 23 Ogos 1990. m/s. 5. Dicapai pada 30 November 2015.
- ^ "Mohd Khair nafi jauhi dunia muzik". Berita Harian Singapura. 17 Mac 1996. m/s. 12. Dicapai pada 30 November 2015.
- ^ Hanim Mohd Saleh (12 Jun 1988). "'Doa' Mohd Khair jadi pilihan Ramli Sarip". Berita Harian Singapura. m/s. 8. Dicapai pada 30 November 2015.
- ^ Ida Bachtiar (10 April 1992). "Rousing Rausyanfikir" (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. Dicapai pada 28 November 2015.
- ^ Anuar Othman (4 Oktober 1993). "Rock trio target album at thinking listeners" (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. Dicapai pada 28 November 2015.
- ^ "3rd COMPASS Awards presentation" (dalam bahasa Inggeris). Composers and Authors Society of Singapore. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2008. Dicapai pada 28 November 2018.
- ^ Fatimah Rahmat (24 November 2011). "Rausyanfikir is back!" (dalam bahasa Inggeris). Sungguh.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-11-29. Dicapai pada 28 November 2015.
- ^ "Khayas kongsi ilmu seni lagu". CyBerita. 15 Mei 2013. Dicapai pada 30 November 2015.
- ^ Grace Chen (24 April 2007). "Genre with spiritual quality" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 30 November 2015.