Khadijeh Saqafi
Khadijeh Saqafi | |
---|---|
خدیجه ثقفی | |
Fail:Khadijeh Saqafi.jpg | |
Kelahiran | 1915/1916 |
Meninggal dunia | Templat:Death date and given age[1][2] Tehran, Iran |
Tempat ditanam | Mausoleum of Ruhollah Khomeini |
Pasangan | Ruhollah Khomeini (died 1989) |
Anak-anak | 7, including Mostafa, Zahra, Farideh, and Ahmad |
Khadijeh Saqafi (Parsi: خدیجه ثقفی ; 1915/1916 (umur 108–109) – 21 Mac 2009) merupakan seorang revolusioner Iran dan isteri kepada Ruhollah Khomeini, Pemimpin Agung Iran dan ketua Revolusi Iran. Di Iran, beliau dikenali sebagai "ibu revolusi Islam".[1]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Saqafi dilahirkan pada 1915/1916 (umur 108–109) di Tehran. Beliau juga merupakan anak perempuan Haji Mirza Mohammad Thaqafi-e Tehrani, seorang ulama dan saudagar yang dihormati. [3]
Perkahwinan dan kehidupan berikutnya
[sunting | sunting sumber]Saqafi menjadi isteri Ruhollah Khomeini yang berusia 29 tahun pada tahun 1929[3][4] atau 1931.[2] Mereka mempunyai tujuh anak bersama-sama, tetapi hanya lima sahaja yang dapat meningkat usia dari zaman kanak-kanak mereka.[4] Keluarga itu menetap di Qom sehingga Khomeini dibuang negeri pada tahun 1964.[5] Anak lelaki mereka Mostafa meninggal dunia di Iraq pada tahun 1977 semasa dalam buangan, manakala anak lelaki kedua mereka Ahmad meninggal dunia akibat serangan jantung pada tahun 1995.[2]
Sepanjang perkahwinan mereka, Saqafi mengelakkan diri untuk menjadi perhatian umum, walaupun dia digambarkan sebagai penyokong kuat penentangan suaminya terhadap Shah, Mohammad Reza Pahlavi.[2] Akbar Hashemi Rafsanjani, bekas Presiden Iran, memanggil Saqafi sebagai penyokong suaminya yang "paling dekat dan paling sabar".[2]
Kematian
[sunting | sunting sumber]Saqafi meninggal dunia di Tehran pada 21 Mac 2009 ketika usia 93 tahun, berikutan sakit yang berpanjangan.[1][2] Beribu-ribu menghadiri pengebumiannya ketika itu di Universiti Tehran, termasuklah Pemimpin Tertinggi Ali Khamenei serta Presiden Mahmoud Ahmadinejad.[2] Saqafi telah dikebumikan di sebelah suami dan anaknya di sebuah makam di Behesht-e Zahra.[1][2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d "Iranians mourn Khomeini's widow". BBC News. 22 March 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 March 2009.
- ^ a b c d e f g h "Khadijeh Saqafi, Khomeini's Wife, Is Dead at 93". The New York Times. 23 March 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 November 2023.
- ^ a b Dabashi, Hamid (1993). Theology of Discontent: The Ideological Foundations of the Islamic Revolution in Iran (PDF). New York: New York University Press. m/s. 410. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2 April 2015.
- ^ a b "Marital life". Imam-khomeini.ir. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 August 2012.
- ^ Azizi, Arash (4 June 2019). "Three decades after Khomeini's death, his clan rules from the sidelines". Atlantic Council. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 June 2019.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Media berkenaan Khadijeh Saqafi di Wikimedia Commons