Pergi ke kandungan

Khadijah Aam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Khadijah Aam (1953 - 21 Oktober 2015) atau Ummu Jah ialah isteri kepada Abuya Asaari Muhammad, pengasas pertubuhan Al-Arqam yang diharamkan kerajaan Malaysia pada 1994. Beliau membangunkan pertubuhan Al-Arqam yang berpusat di Perkampungan Sungai Penchala, Damansara, Selangor, Malaysia. Al Arqam terkenal sebagai sebuah ajaran sesat yang mempunyai ramai pengikut di Malaysia. [Penyelewengan dalam ajaran Al-Arqam]

Ustaz Ashaari meninggal dunia di Ipoh, Perak pada 13 Mei 2010 kerana jangkitan paru-paru.

Kerajaan mengharamkan Al-Arqam berdasarkan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 5 Ogos 1994 kerana ajaran Aurad Muhammadiah yang terdapat di dalam buku bertajuk Aurad Muhammadiah pegangan Darul Arqam sekaligus menjawab tuduhan dan Manaqib (Riwayat hidup) Sheikh Muhammad bin Abdullah as-Suhaimi mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman yang bertentangan dengan akidah dan syariah Islamiah serta boleh mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. [Pindaan Fatwa tentang fahaman dan ajaran Al-Arqam]

Penulis buku

[sunting | sunting sumber]

Khadijah Aam adalah penulis utama semua buku-buku yang mengumpulkan ajaran menyeleweng Ustaz Ashaari yang berjumlah ratusan buah jumlahnya. Beliau jugalah yang telah menghasilkan buku bertajuk 'Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam' dan melancarkan sebuah kumpulan bernama 'Kelab Taat Suami'. [mashitah-mahu-kempen-seks-cara-rasulullah-dihentikan-segera][1]

Kumpulan Rufaqa

[sunting | sunting sumber]

Untuk menyambung legasi dan ajaran sesat Al-Arqam tanpa dikesan pihak berkuasa, Abuya Ashaari Muhammad dan pengikutnya telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan bernama Rufaqa (2006) dan atas nama syarikat 'Global Ikhwan Sdn Bhd'. [Rufaqa' Corporation]

Pengikut mereka dipercayai mencecah ribuan orang, di Malaysia, Thailand, Jordan, Mekah, Arab Saudi dan seluruh dunia. Kumpulan Rufaqa telah diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada 2006, kerana masih membawa ajaran yang menyimpang dari ajaran mengelirukan dan menyimpang dari ajaran Islam. Fatwa Negeri Kelantan tentang Rufaqa' Corporation

Kumpulan ini sering membawa persepsi bahawa mereka adalah gerakan yang paling berjaya dari sudut ekonomi, namun banyak berlaku ketirisan, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dana awam dan sebagainya. Maka Syarikat Rufaqa' Corporation juga difatwakan haram pada tahun 2006. Usaha menghidupkan semula ajaran Al-Arqam melalui SRC

Ummu Jah Mengaku Sesat

[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Mei 2013, Ummu Jah bersama 75 orang kumpulan Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) ditahan secara berperingkat oleh JAIS selepas mereka dihantar pulang kerajaan Arab Saudi kerana didakwa mengembangkan ajaran sesat Al-Arqam.

Beliau bersama pengikutnya dilepaskan dengan jaminan selepas diambil keterangan oleh JAIS dan seterusnya akan didakwa mengikut Seksyen 12(C), Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Jakim juga telah membuat pertemuan dengan jabatan agama Islam negeri untuk memantau 81 buah rumah amal di bawah syarikat itu yang dipercayai digunakan sebagai salah satu cara mendapatkan dana bagi kegunaan dan pergerakan mereka.

"Hasil pemantauan juga mendapati kebanyakan penghuni rumah ini adalah anak-anak petugas GISB sendiri, dan rumah amal ini dibuka bagi tujuan menyara hidup mereka.

"Bagi menghalalkan anak-anak mereka mendapat bantuan, mereka juga telah menukar makna yatim, kepada yatim ilmu dan amal," katanya.

Othman berkata, mengikut rekod Jakim, sehingga kini terdapat sekitar 5,000 pengikut Al-Arqam bernaung di bawah GISB. Ummu Jah Didakwa

Pada 17 November 2013, Khadijah Aam bersama 17 pengikut-pengikutnya telah mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat di Kuang kerana menghidupkan ajaran Al-Arqam yang diharamkan, melalui Global Ikhwan Sdn Bhd. Ummu Jah didakwa menggunakan kedudukannya sebagai pengarah syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd untuk menghidupkan kembali ajaran dan fahaman kumpulan Al-Arqam melalui syarikatnya yang mana ia melanggar fatwa mufti yang diwartakan pada 21 Dis 2006. Ummu Jah mengaku salah dan bertaubat

Beliau meninggal dunia pada jam 7:45 malam di Kedah Medical Centre (KMC) pada 21 Oktober 2015 pada usia 62 tahun, setelah mengalami kegagalan otak akibat serangan angin ahmar. Beliau terpaksa bergantung dengan mesin bantuan pernafasan hingga akhir hayatnya. Isteri Pengasas Al-Arqam meninggal

Jenazah beliau telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Putat, Batu 20, Jalan Kodiang.

  1. ^ "Mashitah Mahu Kempen Seks Cara Rasulullah Dihentikan Segera - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2012-01-26. Dicapai pada 2024-09-07.